[BANJIR TERKINI] Kelantan Pahang Terengganu | BERITA TERKINI Dari Pantai Timur
12/05/2013 03:07:00 pm
[BANJIR TERKINI] Kelantan Pahang Terengganu | BERITA TERKINI Dari Pantai Timur BANJIR TERKINI | Berita terkini. Kuantan ke Kemaman putus semua dua2 jalan. Jln darat jerangau jabor putus di neram. Jln pantai putus di akademi maritim (bypass sg ular) & dkt cherating. Ramai kandas di roundabout jabor.
Info terbaru:
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Kepada penduduk kuantan di sekitar cenderawasih, permatang badak, sungai isap, seri teruntum dan berada dalam lingkungan kawasan rendah diminta mengemaskan barang-barang kerana pada malam ini, air pasang dari laut akan bertemu dengan air dari sungai lembing. Kemungkinan akan berlaku banjir besar. Di minta maklumkan kepada penduduk sekitar kawasan-kawasan yang rendah untuk bersiap sedia.
Sila fowardkan.
Salam.. Info terbaru, baru je trima dari driver lori. Jambatan kecil sebelum sampai ke chini telah runtuh. Laluan segamat ke muadzam terputus Jadi sesiapa yg dari Segamat diminta mengambil laluan lain.
Hati2 bile mlalui jambatan kerteh..lorong kiri di tutup..ada lubang...arah paka menghala ke kerteh memang banyak lubang di lorong kiri... Pemandu kereta/lori di nashatkan memandu dalam kelajuan sederhana. Bimbang penunggang motorsikal mengelak lubang...
Segala ksulitan amat di kesali. Kerjasama anda amat di hargai..
Perhatian kepada semua penduduk kemaman, dungun, kuala berang dan sekitar. Pada jam 2000hrs pihak empangan kenyir akan melepasakan air empangan kenyir secara berperingkat bagi mengelak empangan pecah. Takungan air di empangan telah mencapai tahap maksimun. Jika empangan dibuka air sungai akan melimpah dan ini akan menyebabkan banjir yang agak tinggi. Kepada penduduk sekitar air puteh dan seberang tayor, pasir gajah. b.mentok chukai anda semua diminta peka dan sentiasa berwaspada sebarang kemungkinan.
Messej dr ust asri yahya Ketua caw air putih... MasyaAllah, bnjir terlalu parah. X prnah brlaku dlm sejarah. 100% Kg A.Putih dtengelami air. Sekarang ni hujan smakin lebat. Air smakin naik. Tolong doakn keselamatan kami di sini. Hanya Allah saja yg blh menyelamatkan kami di sini. Smua jentera penyelamat menemui jln buntu. Doakan kami.
Published with Blogger-droid v2.0.10
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"