DALAM HIDUP Buatlah Pilihan Yang TERBAIK | SYURGA ATAU NERAKA | Seorang
lelaki berjalan mundar-mandir di lorong hospital, gelisah akan keadaan
isterinya yang akan melahirkan anak sulung mereka.
Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
Setelah beberapa jam ia menunggu, tak jua terdengar tangisan bayi. Tiba-tiba,seorang doktor berjalan tergopoh-gopoh keluar dari ruang persalinan menuju kearahnya.
"Maaf encik, kami sudah berusaha, keadaannya amat kritikal. Si ibu sudah tak sedarkan diri! " jawab doktor itu.
"Jadi bagaimana doktor ..?"
"Kami tak mungkin dan berupaya untuk menyelamatkan keduanya, tapi masih
ada harapan. Kami hanya punya satu pilihan, menyelamatkan si ibu, atau
menyelamatkan si bayi!"
Lelaki tersebut kebingungan, dan tak dapat berkata-kata.
"Maaf encik, setiap saat amat berharga, tolong cepat untuk membuat pilihan!" desak doktor itu.
Akhirnya, dengan berat hati lelaki itupun berkata dengan nada sayu,
"Doktor, saya sangat bingung. Saya serahkan sepenuhnya kepada
doktor. Tolong lakukan yang terbaik!" pintanya.
Doktor pun
bergegas kembali ke ruang persalinan. Nampaknya dia sudah berpengalaman
menangani masalah darurat atau kritikal seperti ini. Dan dia tahu apa
yang harus dilakukannya.
--------------------------------------------------------
Ini adalah salah satu contoh, bagaimana keyakinan beragama boleh mempengaruhi keputusan disaat genting.
Bagi seorang doktor beragama kristian/katolik, ia akan berusaha menyelamatkan si anak, dan mengorbankan si ibu.
Bagi doktor muslim, ia akan berusaha menyelamatkan si ibu, dan mengorbankan si bayi.
Memang benar, dua-duanya adalah pilihan yang sukar, tapi itulah jalan terakhir dan muktamat.
Mengapa ia boleh berlaku seperti demikian?
Dalam ajaran kristian, setiap manusia yang lahir sudah membawa dosa,
doktrin ini dikenal dengan "dosa waris" atau "dosa asal". Manusia yang
lahir sudah menanggung dosa Nabi Adam dan Hawa. Untuk menebusnya ia
harus mengikuti seorang penyelamat yakni penebus dosa (Ketua Paderi atau
Pope).
Doktor Kristian itu akan berjuang sedaya upaya untuk
menyelamatkan si anak, agar dia dapat lahir dengan sihat dan selamat
walaupun sebaliknya terpaksa mengorbankan si ibu. Doktor berharap,
setelah anak itu lahir ia akan mendapat kesempatan untuk dibaptiskan,
untuk tujuan menebus dosanya. Jika si anak meninggal sebelum
dibaptiskan, anak itu akan masuk neraka. Sebab, dosanya belum sempat
ditebus.
Dalam ajaran Islam, setiap manusia lahir dalam keadaan
fitrah/suci. Doktor muslim akan berjuang menyelamatkan si ibu, kerana
dia tidak bimbang yang bayi akan masuk neraka. Dengan terselamatkannya
si ibu, insyaAllah setelah sihat kembali akan dikurniai kekuatan untuk
mengandung lagi dan mudah-mudahan mendapatkan ganti yang lebih baik,
yang lebih soleh.
Sedangkan anak yang tak sempat terselamatkan,
biarlah ia kembali kepada Allah dalam keadaan suci. Mungkin lebih baik
sekiranya bayi itu tidak dilahirkan di dunia yang penuh tipu daya ini
agar hidupnya kelak tidak menjadi orang yang tersesat.
Demikianlah, dalam keadaan serba salah lelaki itu tak sempat untuk
memastikan agama doktor tadi. Dan ia sudah berserah sepenuhnya kepada
doktor itu.
Di dunia ini ada banyak agama dan kepercayaan.
Pemahaman kita terhadap ajaran agama yang kita anut, akan menentukan
jalan hidup kita. Itu sebabnya amat penting bagi kita orang Islam
menentukan yang bakal menerima kelahiran anak kita adalah seorang doktor
muslim.
Sejak bangun tidur, kita sudah dihadapkan kepada pilihan.
1. Meneruskan tidur, atau bangun solat subuh?
2. Untuk lunch dulu, atau solat zohor dahulu
3. Setelah habis kerja, adakah terus pulang ke rumah, atau singgah ke gerai kopi/disco dulu?
4. Ikut terlibat melakukan pecah amanah, atau dimusuhi rakan sekerja?
5. Menyegerakan berkahwin, atau menundanya dulu?
6. Hidup mulia di sisi Allah, atau mulia dalam pandangan manusia?
7. Dan banyak lagi.....
Kita akan sering dihadapkan pada pilihan-pilihan yang lebih sukar, dan melibatkan akibat atau natijah yang sangat ditakuti.
Kesimpulannya perbanyakkanlah muhasabah diri dan tambahkan ilmu dengan
majlis-majlis ILMU. Mudah-mudahan selamat kita semua di dunia & di
akhirat...
Amiin..
p/s : wallahua'lam, wassalam~
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"