Friday, 20 December 2013

[EKSKLUSIF] KISAH NYATA KISAH BENAR | Kisah Seram Hantu Tidak Berkepala Di Pandan Garden

[EKSKLUSIF] KISAH NYATA KISAH BENAR | Kisah Seram Hantu Tidak Berkepala Di Pandan Garden | Nama saya Dina, saya tinggal di Pandan Gardens, Singapura.


Kisah ini berlaku kira2 lapan tahun yang lepas. Saya ni seorang yang ceria, sekiranya kawan2 saya cerita tentang hantu atau cerita yang serius, mesti saya akan mentertawakan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Bermulanya cerita ini dari kawan saya yang bernama Maslinda. Dia selalu ceritakan yang tempat kawasan rumahnya itu keras. Ianya terletak di kawasan Clementi. Bila saya dengar, saya mentertawakan dia. Saya kata, “Mestilah keras kerana kawasan yang kamu jalan semuanya batu…” Lalu kawan2 saya yang lain pun sekaki ketawa.

Pada malam itu saya terjaga sekitar waktu satu pagi kerana saya hendak buang air kecil. Selalunya kebiasaan saya, bila waktu malam saya hendak ke tandas, saya suka jenguk2 ke luar tingkap. Sebelum saya ke tandas, saya terlihat benda hitam di bawah blok sebelah. Benda hitam itu betul2 menghadap ke arah tingkap saya. Ia sedang duduk di bangku bulat di bawah blok . Tapi saya tak rasa takut pun kerana bawah blok itu terang. Saya pun masuk ke tandas.

Selepas keluar dari tandas, saya rasa tak puas hati. Saya pandang lagi benda hitam itu. Pandang punye pandang, rupanya benda hitam itu berpakaian Cheongsam Cina, tapi tak berkepala. Benda hitam itu duduk macam wanita tertib. Tangannya diletak di atas lutut dan tubuhnya menghadap betul2 ke arah tingkap saya berdiri. Saya baca macam2 ayat pun tak jalan2. Saya terus masuk bilik dan tidur.

Keesokan harinya saya ceritakan apa yang terjadi kepada bapa saya. Saya ceritakan yang makhluk hitam itu berpakaian seperti Cheongsam Cina. Bapa saya mentertawakan saya pula. Dia kata saya baca macam2 ayat tapi makhluk hitam itu tidak takut kerana makhluk hitam itu mungkin hantu Cina bukan hantu Melayu. Dah terkena balik!!!

Rupanya blok itu sudah empat kali orang terjun diri dan semuanya orang Cina. Bila saya dah tahu terus saya demam selama empat hari. Ia satu pengajaran untuk saya agar jangan ketawakan orang lain, kalau tak, diri sendiri yang terkena dan merana.

sumber

2 comments:

  1. mujur Singapore ingat kampung Pandan tadi.. seram weh kalu jupo yg takde kepala

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"