[EKSKLUSIF] TANDA-TANDA KIAMAT | WAJIB BACA !!! | Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang,
tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah
yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
· Asap
· Dajjal
· Binatang melata di bumi
· Terbitnya matahari sebelah barat
· Turunnya Nabi Isa A.S
· Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
· Gerhana di timur
· Gerhana di barat
· Gerhana di jazirah Arab
· Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya
sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa sahaja
perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan,
sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini
adalah orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari.
Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti
terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang
mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di
kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang
fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan
cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman,
maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang yang beriman'.
Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan
tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan
membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi
Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan.
Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu
kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar
Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan
tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat itu mempunyai tanda,
bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja hujan dan
begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di merata-rata,
memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya diagung-agungkan,
orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar
lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di mana Islam itu
hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an
hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan
masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling
buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah
dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang
tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang kafir yang dihalalkan tanpa
perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat dijadikan seperti
harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar lain daripada
agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih
rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam
masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan
kerana ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana
takutkan Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"