Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] TIPS UNTUK BLOGGER | CARA MEMILIH JENIS LAYOUT & BACKGROUND

12/19/2013 03:25:00 pm

[EKSKLUSIF] TIPS UNTUK BLOGGER | CARA MEMILIH JENIS LAYOUT & BACKGROUND | Jom kita berkongsi tips berblogging, terutama untuk newbie blog. Tak salah kot kalau Abe nak share serba sedikit ilmu yang yana tahu untuk blogger lain. 


Tips pertama yang nak share ialah tips memilih jenis layout dan background blog mungkin kalau korang tanya, penting ke dalam memilih layout & background?
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Ia amat penting untuk membina sesebuah blog supaya blog tidak serabut. Tanpa kehadiran background blog yang menarik mungkin akan terlihat blog tersebut sedikit membosankan dari pandangan pembaca. 

Kalau dah daftar blog perkara yang wajib bagi setiap blogger sebelum memulakan sesi berblogging ialah memilih layout, templates dan juga background bagi blog mereka. Teringat pengalaman daftar blog suatu ketika dahulu, tiada penulisan dalam blog pada mulanya, hanya fikirkan layout & jugak background. Blog tanpa sebarang layout ataupun templates? Urmm, baik tutup saja la blog itu & x payah susah-susah buat. Kosong sangatlah, at least hias la sikit. 

Letak gambar dekat side bar, letak chat box, letak widgets yang best-best. Tapi awas!!! Letak widget yang penting-penting sahaja, Kenapa begitu? Bila letak widget yang tak penting takut-takut kalau terlebih banyak widget berat blog akan bertambah dan loading blog mungkin mengambil masa yang agak lama, tambah-tambah bila si pembaca kunjung blog korang untuk baca entri, pada masa yang sma line internet diorang pown buat hal. Kan menjadi satu masalah tue. 

OK, yang paling penting ialah pemilihan gambar background. Disini ingin ingatkan, cubalah untuk pilih gambar background yang simple but nice. Contohnya kebanyakkan blogger-blogger perempuan diorang lebih suka memilih warna-warna yang lembut, warna pink, biru, kuning lembut, pastel. So bagi blogger lelaki pulak majoriti suka letak warna biru lembut, grey, hitam, putih. Jenis warna mengikut kesesuaian blog & warna feveret tuan blog sendiri tapi warna blog jangan lah terlalu garang kalau boleh. Kalau korang google tentang background blog, beribu-ribu juta akan keluar, hanya perlu memilih sahaja, mudah kan? Seboleh-bolehnya dicadangkan jangan pilih background blog yang corak crowded sangat sampai lambat nak loading. 

Kerana ini akan mempengaruhi serba sedikit jumlah pengunjung yang melawat untuk membaca post entri anda. Jika gambar background anda agak semak dan penuh dengan warna, maka ada kemungkinan tulisan untuk post anda akan tenggelam. Ini akan meyebabkan pembaca sukar untuk membaca setiap perkara yang anda tulis dalam blog anda. Penggunaan gambar background yang simple adalah sangat-sangat digalakkan bagi memberi keselesaan kepada pembaca anda untuk membaca post post korang.

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad