[INFO] 12 Jemaah Lalui DETIK CEMAS | Bumbung Masjid Runtuh
12/31/2013 12:00:00 am
[INFO] 12 Jemaah Lalui DETIK CEMAS | Bumbung Masjid Runtuh | Dua belas jemaah masjid nyaris maut setelah bumbung hadapan masjid
berkeluasan 30 x 30 kaki persegi di Kampung Binjai Kertas, di Hulu
Terengganu.
Kejadian itu berlaku ketika mereka masih berada di dalam kawasan masjid berkenaan selepas selesai menunaikan solat Isyak.
baca lagi klik TAJUK ENTRI niMenceritakan kejadian, ahli jawatankuasa masjid Abd
Wahab Sulong, 67, berkata selepas selesai solat dan sebaik melangkah 30
meter dari tangga masjid untuk pulang ke rumah, beliau terdengar bunyi
dentuman yang kuat dan terpaku seketika.
"Saya mengucap istighfar beberapa kali kerana terkejut bunyi dentuman yang begitu kuat di belakang. Saya menoleh ke belakang dan tergamam melihat struktur bumbung bahagian hadapan masjid runtuh.
"Kawasan yang runtuh itu merupakan laluan utama jemaah untuk masuk ke
masjid dan nasib baik tiada sesiapa yang melaluinya ketika itu," katanya
kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya ketika keluar masjid, beliau mendapati ada 11 lagi jemaah di dalam masjid sebelum kesemua mereka bergegas keluar setelah mendengar bunyi dentuman itu.
Abd Wahab berkata masjid ini mula beroperasi pada tahun 2008.
"Syukur runtuhan itu hanya melibatkan bahagian hadapan dan kesemua jemaah tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata sejurus menerima maklumat, sebuah jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba Kuala Berang dikejarkan ke tempat kejadian.
Katanya pihaknya mengambil masa kira-kira 30 minit bagi memeriksa keseluruhan kawasan masjid. Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian runtuhan itu.
Sumber:-Bernama

1 comments
apakah yang hendak allah swt sampaikan pada umat nabi saw ini,khususnya ditrengganu,amnya dimalaysia.kalau runtoh aja pasti trengganu,kalau trengganu semestinya projek runtohan.ya allah !!tiada upayaku melainkan aku sujud memohon keampunan dari mu keatas segala dosa dosa ku.ya allah dikau lindongi pejuang pejuang yang menegakkan syiarmu,ya allah dikau berilah kemenangan kepada pejuang pejuang yang menuntut keadilan,yang memerangi gejala rasuah,gejala sosial,gejala kemaksiatan,dikau hapuskanlah pemimpin yang zalim.tiada uapayaku melainkan dikau yang maha berkuasa lagi bijaksana.amin.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"