Sahabat Que 'Silent Readers'

Jangan Tegur Isteri Depan Anak-Anak | Promotelah Isteri Depan Anak-Anak

12/12/2013 06:17:00 pm


Jangan Tegur Isteri Depan Anak-Anak | Promotelah Isteri Depan Anak-Anak | Bila saya belajar prinsip ni, baru saya faham kena kita ibubapa tak boleh berselisih depan anak-anak. Ia akan bagi kesan pada anak-anak.


Kalau kita (suami) komen, tegur, dan marah isteri depan anak-anak, anak-anak akan belajar dari situ. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Walaupun mungkin komen kita dengan niat nak membetulkan isteri, tapi ia tetap beri kesan yang buruk!

Anak-anak akan tengok, ayahnya tak hormat ibunya. Ibunya dengan mudak boleh dikritik dan dikomen.

Bukan dihormati dan disegani. Suatu hari nanti, dia akan ‘ambik tempat’ ayahnya – tegur, komen, marah dan tak hormat ibunya. Dia tak respek ibunya sendiri sebagaimana kita (bapa) tak respek isteri kita.

Maka tak peliklah kalau anak-anak tak dengar cakap ibunya. 10 kali suruh kemas mainan tapi tak jalan-jalan juga. Malah dia boleh buat ‘bodoh’ apa saja suruhan ibunya. Ibunya hilang ‘bisa’ depan anak-anak.

Promotelah Isteri Depan Anak-anak

Kita sepatutnya kena selalu promote (edify) isteri kita depan anak-anak. Zahirkan yang kita respek isteri kita depan anak-anak. Sentiasa cakap pada anak-anak yang ibunya seorang yang baik, hebat, berjasa, bagus dan sebagainya. Supaya isteri kita ada wibawa terhadap anak-anak. Anak-anak akan benar-benar percaya dan respeknya pada ibunya.

Sekali ibunya cakap, dia pasti akan dengar. Sebab mereka respek!

Mempromosikan isteri kepada anak-anak sebenarnya kita memberi satu ‘kuasa’ (empower) untuk isteri mendidik mereka dengan mudah. Kita mempermudahkan isteri untuk bantu kita didik anak-anak kita! Yang akhirnya memudahkan kita!

*******************************************

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

Mohon SEMUA yg baca tolong SHARE utk pengetahuan bersama. Secebis kebaikkan kita sebarkan, sejuta keberkatan kita dapat

Published with Blogger-droid v2.0.10

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad