KISAH BENAR Tentang Seorang NENEK MENCURI UBI Dan HAKIM YANG BIJAK | Kisah SEDIH Yang Menyentuh Hati Nurani | Kisah yang sangat menyentuh hati, seorang hakim bernama Marzuki di
Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek
tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah
pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada
seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Nenek itu merayu bahawa
hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun
pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya
supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang
tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1
juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda
harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya,
membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke
topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang
yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang
RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan
sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh”
sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang
sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk
membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan
terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar
oleh pengurus ladang yang mendakwanya.
Kisah ini sungguh
menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak
undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan
mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini.
sedih.. =(
ReplyDeleteSebuah kisah.....
ReplyDelete