Kisah Seorang Beribadah 500 Tahun | KISAH NYATA KISAH BENAR | Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami
bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w
katanya:
”Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang
besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500
tahun diatas sebuah bukit yang lebar, panjangnya bukit itu 30 puluh hasta
kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000
farsakh dari tiap penjuru.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari
bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima
yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu
petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya,
setelah itu ia pun sembahyang.
Dalam sembahyang ia telah meminta kepada
Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya
tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari
berbangkit. Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.
Berkatalah malaikat lagi:
”Oleh itu setiap kali kami naik turun dari
langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia
akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t."
Lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:
”masukkanlah hambaku itu ke dalam
syurga dengan limpah rahmatku:” maka berkata orang itu:
”Dengan
disebabkan amalku?” Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua
amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan. Apabila penghitungan
dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah
habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang
Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum
dikira.
Maka Allah s.w.t. berfirman:
”Masukkan ia kedalam neraka”. Apabila ia
ditarik ke neraka maka ia pun berkata:
”Ya Allah, masukkanlah aku ke
dalam syurga dengan rahmatmu."
Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada
malaikat:
”Bawakan ia ke mari”.
Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu:
”Siapakah yang menjadikan kamu
daripada tidak ada"
Lalu orang itu menjawab:” Engkau ya Allah”.
Kemudian
Allah s.w.t. bertanya lagi:
”Apakah itu kerana amalmu atau
rahmatku?”. Jawab orang itu:
”Ya Allah, dengan rahmatmu.”
Allah s.w.t. bertanya lagi:
”Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga
500 tahun kamu beribadat?”. Jawab orang itu:
”Engkau ya Allah”.
Allah s.w.t. bertanya lagi:
”Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit
yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar
yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan
siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji
delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu
kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang
membuat semua itu?"
Lalu orang itu berkata:
”Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang
melakukanya.”
Allah s.w.t. berfirman:
”Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke
dalam syurga juga adalah dengan rahmatku.”
Malaikat Jibrail
berkata:
”Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.
Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun
setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada
hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat
memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah
dengan rahmatnya.
Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat
memasuki syurganya. Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya
dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah
s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga FIRDAUS.
Insya’Allah.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"