PAHALA MEMBANTU TETANGGA DAN ANAK YATIM | BACALAH... | Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di
Masjidil Haram.
Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari
langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak
orang-orang yang berhaji pada tahun ini?"
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Jawab yang lain, "Enam ratus ribu."
Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?"
Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang
sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi
diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan
berkat hajinya Muwaffaq."
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka
terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari
orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan
ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia
bertanya namanya.
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Jawab orang itu, "Muwaffaq."
Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah
engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?"
Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana
keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari
pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalau aku berniat haji pada
tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau
makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke
rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku
itu.
Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak
yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari
makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di
suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak,
maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu."
Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan
mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi
seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak
yatim yang ada dalam jagaannya itu.
"Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu jiran tetangga
yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat
anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, "Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga."
Jawab Rasulullah, "Jadilah kamu orang yang baik."
Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?"
Jawab Rasulullah, "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata
engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau
jahat, maka engkau sebenarnya jahat."
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"