Tuesday, 24 December 2013

[PENDEDAHAN] BAHANA 'NASI KANGKANG' ISTERI | KISAH NYATA KISAH BENAR

[PENDEDAHAN] BAHANA 'NASI KANGKANG' ISTERI | KISAH NYATA KISAH BENAR | Kuala Lumpur: Bersuamikan lelaki tampan dan kacak sering menerbitkan rasa cemburu kepada si isteri, apatah lagi jika si suami agak miang dan kerap meninggalkan rumah kerana tuntutan tugas.


Bimbang teman hidup ‘makan luar’ atau dikebas wanita lain, ada segelintir isteri mengambil jalan mudah melakukan perbuatan khurafat untuk menundukkan suami dengan harapan rumah tangga dibina kekal harmoni tanpa kehadiran orang ketiga.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Ini termasuk amalan ‘mengunci suami’ iaitu menggunakan ilmu sihir untuk menutup atau mengikat nafsunya terhadap wanita lain terutama ketika berjauhan dengan isteri. 

Bagaimanapun, risiko menggunakan khidmat syaitan amat tinggi terutama jika menggunakan bahan kotor seperti batang keladi, nasi kangkang, air mani, titisan peluh serta seluar dalam kotor untuk tujuan itu. Akibat tersilap kunci, si suami turut hilang nafsu terhadap isteri sendiri.

Itulah nasib yang berlaku kepada Ikram, 28, angkara perbuatan isterinya, Iza, 23. Pasangan ini sanggup berkongsi pengalaman mereka kepada pembaca Metro Ahad sebagai iktibar agar tidak sekali-kali cuba melakukan perbuatan sama.

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"