RIAK MEMUSNAHKAN PAHALA | PERLU DIBERI PERHATIAN !!! | Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Rasulullah S.A.W
sedang menangis, lalu saya pun bertanya beliau, Ya Rasulullah, mengapa
anda menangis?"
Sabda Rasulullah S.A.W, "Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap
umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak
menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan
mereka."
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Rasulullah bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal
perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya.
Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai
sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa
ke langit ketujuh.
Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga,
"Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka
pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya
menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak
dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal
bukan kerana Allah)."
"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian
supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi
popular di kota dan di kalangan umum. Allah S.W.T telah memerintahkan
agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain
kepada saya."
Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh
malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada
Allah S.W.T. Mereka berhenti di hariban Allah dan memberikan persaksian
terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana
Allah.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para
malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku,
sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa
sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para
malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"