[VIDEO DAN GAMBAR] Sheikh Ahmad Deedat | [EKSKLUSIF] BIODATA, PENCAPAIAN DAN PERJALANAN HIDUP | Sebelum di
memulakan bicara tentang beliau, dapatlah kiranya kita semua
menyedekahkan bacaan al-fatihah kepada beliau semoga sentiasa dicucuri
rahmat oleh Allah dan beroleh ganjaran syurga di atas segala usaha dan
sumbangannya terhadap umat Islam dan manusia
keseluruhannya... Al-fatihah.
Bila menyebut nama
'Sheikh Ahmad Deedat', perkara pertama yang kenit bayangkan adalah
seorang lelaki tua yang berserban putih dan mempunyai janggut putih yang
kemas dan rapi.
baca lagi & video berkaitan, klik TAJUK ENTRI ni
Wajahnya suci dan sentiasa tersenyum. Percakapannya lembut tapi tegas dalam menyampaikan maksud. Tubuh yang makin dimamah usia, namun semangatnya lebih tinggi dan membara dari orang-orang muda. Penyampaiannya tegas dan 'membunuh' namun hatinya tulus menunjukkan kebenaran. I'M A HUGE FAN OF HIM. Allahuakbar...!
baca lagi & video berkaitan, klik TAJUK ENTRI ni
Wajahnya suci dan sentiasa tersenyum. Percakapannya lembut tapi tegas dalam menyampaikan maksud. Tubuh yang makin dimamah usia, namun semangatnya lebih tinggi dan membara dari orang-orang muda. Penyampaiannya tegas dan 'membunuh' namun hatinya tulus menunjukkan kebenaran. I'M A HUGE FAN OF HIM. Allahuakbar...!
Pertama kali menonton video ceramah beliau, sejak itu terus 'jatuh cinta' dan sangat mengagumi dengan bakat dan anugerah yang Allah kurniakan untuk insan terpilih ini. Abe seolah-olah ketagih untuk mengikuti setiap video ceramah beliau di Youtube.
Penyampaian beliau amat straight-to-the-point
dan berani untuk menegakkan kebenaran menyebabkan dia sangat digeruni
oleh 'musuh-musuh' Islam ketika itu. Beliau gemar menggunakan Bible
sebagai rujukan untuk 'menundukkan' hujah lawan sehingga beliau dikenali
sebagai Bible Scholar. Ini boleh dilihat dalam siri-siri
debat/forum beliau bersama paderi-paderi Kristian yang cuba memesongkan
orang ramai dengan ajaran dari Bible yang dilihat banyak kontradaksi
atau percanggahan.
Antara video
pertama Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat yang kenit tengok adalah debat
antara beliau dengan pastor dari Amerika, Jimmy Swaggart yang bertajuk Is The Bible God's Word? sangat
menarik hati Abe untuk terus 'melekat' dan mengetahui tentang apa
yang terkandung dalam kitab orang Kristian itu. Memandangkan kita, umat
Islam tidak didedahkan dengan apa yang terkandung dalam Bible, maka
melalui video debat antara Allahyarham Ahmad Deedat dengan paderi
tersebut, kenit dapat mengetahui apa sebenarnya yang terkandung dalam
Bible.
Memang kita tidak digalakkan membaca kitab Bible, ada yang kata jangan sembarangan atau suka-suka nak baca kerana jika tak kuat iman, akidah akan mudah terpesong. Ada juga yang mengatakan, tidak perlu kita melihat apa yang ada di dalam Bible dan tidak perlu kita mengkaji atau mempelajari kandungan kitab itu, kerana ia akan mempengaruhi pemikiran dan hati kita. Abe tak tahu sejauh mana kebenaran kata-kata ini, wallahualam. Tapi, tahukah anda orang non-muslim yang ingin mengetahui tentang Islam dan orang Islam, mereka akan kaji melalui kitab kita, al-Quran. Jadi, pendekatan yang diambil oleh Allahyarham Sheikh Ahmad Deedat ini sangat membantu kenit untuk lebih mengenali apa yang ada dalam Bible tersebut ... bukan untuk mengikutinya tetapi sebagai kesedaran pada diri kita bahawa sesungguhnya, tidak syak lagi al-Quran itu adalah dari Allah s.w.t dan tidak akan pernah berubah walau satu ayat, walau satu baris seperti yang berlaku pada Bible hari ini.
Kenali Sheikh Ahmad Deedat
Nama : Ahmed Hoosen Deedat
Tarikh Lahir : July 1, 1918
Tempat Lahir : Dilahirkan di sebuah daerah kecil di Surat, India.
Ringkasan sejarah
: Ketika berumur 9 tahun, beliau mengikuti ayahnya berhijrah ke South
Africa, namun ibu dan adiknya tidak ikut bersama. Beberapa minggu
selepas itu, ibunya meninggal dunia di India. Kehidupan beliau bersama
ayahnya tidak banyak berubah memandangkan ayah beliau seorang yang tegas
dan garang. Disebabkan itu, beliau mula memupuk minat membaca untuk
mengisi masa lapang dan sebagai hiburan. Beliau merupakan pelajar
cemerlang di sekolahnya kerana berjaya habis darjah 6, walaubagaimanapun
hasrat untuk melanjutkan pelajaran terbantut kerana masalah kewangan
ketika itu. Maka, beliau terpaksa berhenti sekolah dan mula bekerja pada
usia 16 tahun.
Buku pertama yang menarik minat beliau bertajuk "Izhar
ul-Huqq" (Truth Revealed) yang ditulis oleh Rahmatullah Khairanawi
mengenai usaha penyebaran agama oleh mubaligh-mubaligh Kristian di India
pada awal kurun, dengan sering menuduh bahawa Nabi Muhammad s.a.w
"menggunakan pedang" untuk mengajak orang lain memeluk Islam. Tuduhan
tidak berasas itulah yang menyebabkan beliau pantas menyahut cabaran dan
mula memupuk minat terhadap bidang comparative religion atau perbandingan agama.
Pencapaian :
- Merupakan ulama terkenal di dunia dalam bidang perbandingan agama. Beliau juga adalah pengasas merangkap Presiden kepada Islamic Propagation Centre International (IPCI) yang berpusat di Durban, Afrika Selatan.
- Mendapat anugerah King Faisal International Award pada tahun 1986 atas jasa dan sumbangannya terhadap Islam. Walaubagaimanapun, tiada sebenar-benar anugerah yang boleh membandingkan pencapaian dengan semangat beliau terhadap agama Islam.
Bagi yang pernah mengikuti siri-siri video beliau di Youtube, anda mungkin sependapat dengan kenit bahawa beliau merupakan 'Singa Islam' yang sangat digeruni oleh mubaligh-mubaligh samada dari pangkat Pastor sehinggalah ke Bishop. Beliau tidak menggunakan al-Quran untuk menolak hujah lawan, tetapi menggunakan sendiri ayat-ayat dalam Bible untuk membuktikan kebenaran bahawa Bible itu telah 'dicemari' oleh tangan-tangan manusia.
Anugerah
Hakikat seorang
dai'e, sebagaimana beliau disenangi kawan, begitu jugalah beliau
dicemburui dan dibenci oleh lawan-lawannya. Pengetahuan beliau tentang
isi kandungan Bible sangat baik menyebabkan lawan beliau tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukakan.
Kemuncak perjalanan dakwah beliau adalah pada tahun 1986, apabila beliau dianugerahkan King Faisal International Award 1986 atas menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam Islam selama lebih 40 tahun.
Kemuncak perjalanan dakwah beliau adalah pada tahun 1986, apabila beliau dianugerahkan King Faisal International Award 1986 atas menghargai jasa dan sumbangan beliau dalam Islam selama lebih 40 tahun.
Ya Allah, besar
sungguh jasa dan pengorbanan insan istimewa ini terhadap agama yang
dicintainya demi untuk menerangkan kepada kita bahawa kebenaran ada di
depan mata, hanya kita perlu baca (al-Quran) dan sampaikan pada yang
lain. Semoga Allah mengganjari setiap langkah beliau, setiap perkataan
yang keluar dari mulut beliau dan setiap kebaikan yang beliau lakukan
dengan sebesar-besar pahala. Amin.
sumber : SINI, SINI
sumber : SINI, SINI
Allohurobbii..
ReplyDelete