WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR | KISAH NYATA KISAH BENAR | Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli
perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir.
Apabila kapal itu
berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang
kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Berbagai
usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun
semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas
kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan
diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki
yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir
kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang
terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat
di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat
lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah,
tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang
ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai
wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan
berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa.
Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil
berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka
selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang
semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air
dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air
sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi
muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke
laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri
di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal
yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar
oleh seorang jutawan Mesir."
Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah
kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di
Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun
mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada
Allah S.W.T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit
sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain
tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan
pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga
yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan
membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga
tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"