[EKSKLUSIF] 9 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Apple | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU
1/05/2014 12:00:00 am
[EKSKLUSIF] 9 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Apple | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Syarikat pengeluar gajet canggih iPhone dan iPad memang terkenal
dengan sikap perahsia mereka.
Akan tetapi ada juga perkara-perkara yang
sulit mengenai mereka diketahui ramai. Artikel ini akan menyenaraikan 9
‘rahsia’ yang menarik tentang syarikat yang berpengkalan di California
ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
1. Steve adalah anak angkat dan berdarah campuran Syria.
Mantan pengasas lagenda Apple yang juga pengarah urusan syarikat
tersebut sebenarnya berdarah campuran Syria. Steve Jobs yang meninggal
dunia pada Oktober 2011 sebenarnya anak kepada pasangan Joanne Schieble
dan Abdul Fattah Jendali. Pasangan ini bertemu semasa berusia 23 tahun
di Universiti of Winconsin.
Malangnya hubungan pasangan ini mendapat tentangan ibubapa Joanne dan
memaksa anak pertama mereka Steve Jobs dihantar ke rumah anak yatim.
Sungguhpun begitu pasangan tersebut berjaya juga berkahwin selepas
krisis tersebut dan dikurniakan seorang puteri yang mana adik kandung
Steve Jobs.
2. Komputer pertama Apple dijual pada harga Syaitan
Komputer pertama Apple, Apple I dijual pada harga USD666.66. Steve
Wozniak memutuskan untuk meletak harga tersebut tanpa menyedari yang
nombor-nombor tersebut seringkali dikaitkan dengan nombor syaitan.
3. Kargo penghantaran Apple hanya melalui udara bukannya laut
Apple adalah pelanggan terbesar Cathay Pasific. Ini adalah kerana
Apple menghantar stok-stok mereka melalui penghantaran udara.
Kelebihannya kerana ianya lebih cepat dan syarikat tersebut tidak
terikat dengan lambakan stok memandangkan produk yang dihantar boleh
terus dijual.
4. Macintosh adalah jenis buah epal
Komputer Apple dinamakan Macintosh bersempena jenis buah epal kegemaran Jef Raskin.
Pada ketika itu Macintosh hanyalah kod nama yang digunakan untuk
melabelkan komputer Apple dan Steve Jobs dilaporkan menukar nama
tersebut ke ‘bicycle’ semasa ketiadaan Jef Raskin tetapi tidak berjaya.
5. Steve Wozniak masih lagi pekerja Apple
Pengasas bersama Apple, steve Wozniak yang mana antara individu
terawal membantu Steve Jobs menubuhkan syarikat Apple pada tahun 1976
tidak lagi aktif bersama Apple. Akan tetapi dia masih pekerja Apple
dengan rasminya dan menerima imbuhan kira-kira USD120,000 setahun dari
Apple.
6. Oh wow, oh wow. Oh wow
Kata-kata terakhir Steve Jobs sebelum menghembuskan nafas terakhirnya
ialah “oh wow, oh wow, oh wow” menurut adik perempuannya Mona Simpson.
Mona Simpson adalah antara individu yang dibenarkan menyampaikan
kata-kata sanjungan ketika hari memorial Steve Jobs.
7. Apple punya 3 orang pengasas bersama
Ronald adalah salah seorang pengasas Apple yang bertanggungjawab
mereka logo Apple, menulis perjanjian perkongsian antara pengasas Apple
dan menulis manual komputer Apple yang pertama Apple I.
Akan tetapi dia
menjual saham 10% miliknya yang bernilai USD800 kerana gusar dengan
risiko hutang.
Nilai saham yang sama bernilai USD35 billion hari ini.
8. Ive pilih warna putih untuk iPad
Steve Jobs sangat menentang tentang idea menggunakan warna putih
untuk produk mereka tetapi berjaya dipujuk oleh pereka produk Apple Sir
Jony Ive.
Dalam satu biografi terbaru Ive, bekas pereka produk Apple, Doug
Satzger mengatakan yang Steve Jobs hanya mengalah untuk menggunakan
warna putih selepas ditunjukkan variasi warna yang lain yang dipanggil
‘moon grey’.
Ive memang obsess dengan warna putih sebelum dia menyertai Apple lagi.
9. Obsesi pembungkusan
Pereka pembungkusan menghabiskan masa berjam-jam membuka kotak dalam
sebuah bilik khas. Mereka cuba mencungkil keadaan sebenar emosi pembeli
semasa membuka bungkusan produk Apple pada kali pertama. Memetik
kenyataan Adam Lashinsky dalam buku terbaru beliau Inside Apple, beliau
mengatakan bagaimana terperincinya Apple untuk memuaskan hati pelanggan
semasa membuka bungkusan produk Apple.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"