Sahabat Que 'Silent Readers'

[EKSKLUSIF] JANGAN KAHWINI 6 Jenis WANITA Ini | PESAN RASULULLAH SAW

1/01/2014 09:00:00 am

[EKSKLUSIF] JANGAN KAHWINI 6 Jenis WANITA Ini | PESAN RASULULLAH SAW | Pesanan Rasulullah saw untuk kaum Lelaki: “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang basaqah dan yang syadaqah”.

Rasulullah PESAN jangan KAHWINI 6 Jenis WANITA ini

1.Wanita Ananah:

wanita yang banyak mengomen itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati. 
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

2.Wanita Mananah:

wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3.Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya.

4.Wanita Hadaqah:

melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya selain itu wanita ini suka ikut nafsunya. Wanita sebigini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang sudah botak.

5. Wanita Basaqah: ada 2 makna,

Pertama, wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

Kedua, dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.

6.Wanita Syadaqah:

banyak cakap, tidak menentu lagi bising. Kebecokan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja. 

You Might Also Like

9 comments

  1. The problem is, they (man and women) would not show their true nature, well at least not until your knee deep into marriage,well some do..or in my experience i see a lot of actor and actresses

    ReplyDelete
  2. KESEMPITAN WANG? NEED MONEY ? WANNA TRY SOMETHING FOR MAKE UR LIFE A LITTLE BIT BETTER? TRY THIS

    http://www.theweeklypay.com/index.php?share=220145

    ReplyDelete
  3. Malang sungguh yg terkahwin dgn ENAM golongan itu

    ReplyDelete
  4. Most wanita yg dinikahi brciri2 antara ke enam2 tu.

    ReplyDelete
  5. Maaflah nak bgtahu, lelaki pun ada juga yang berperangai seperti kenam-enam di atas zaman sekarang ni. Too bad, just pointed to women only...

    ReplyDelete
  6. isi dah bagus , gambaq tu kalau tuka ok kot .. =)

    ReplyDelete
  7. jap jap jap. tajuk adalah ' JANGAN KAHWINI 6 Jenis WANITA Ini'
    tapi, article seperti seorang lelaki sedang complain tentang isteri dia or isteri isteri dia je.

    dan, lelaki yang ingin mengahwini perempuan, tahu ke sikap2 wanita tu macamana sebelum kawin?
    sebab article ni pun macam sedang cakap tentang 'isteri ini isteri itu buat ini kat suami dia etc etc etc'. . .

    dan kalau dah TERkahwin dengan isteri macam itu, kena cerai terus ke? macamana dgn anak anak? tak cari solution ke? nak musnahkan masjid ke?

    ReplyDelete
  8. Thanks. Tapi, betul kata anonymous ru, klau belom kawin, kita takkan tahu prangai sebenar gf kita. So I think, kawin dan kita didik isteri.

    ReplyDelete
  9. Sebab tu dalam Islam xdak ber'couple' nih.. Haram hukumnya.. Bercouple takkan dapat membuat kita mengenali diri pasangan sebab masing2 kuat berlakon.. Islam suruh kita merisik, melihat muka dan tapak tangan(yg ni kalau ada ilmu cukup boleh scan seorang wanita menerusi muka dan tapak tangan sahaja ala2 sherlock holmes) tanya pada kawan baik dia dan sebagainya.. Kawan baik dia mesti lebih kenal baik buruk perangai dia betol x? Kepada wanita-wanita yang terasa artikel ini bukan bermaksud menyatakan kesempurnaan lelaki sebaliknya menerangkan tanggungjawab suami yang lebih berat dalam memilih isteri..

    P/S: Sokong tukar gambar jugak.. X bermanfaat gambar tu

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad