[EKSKLUSIF] Kandungan HUDUD Di Negara Brunei Darussalam | [MENARIK] TERKINI Daripada Brunei Darussalam | Kandungan Hudud Di Negara Brunei Darussalam - Hukum
Hudud telahpun dilaksanakan di Brunei.
Berikut adalah kandungan hudud
yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun
Hukuman Jenayah Syariah 2013.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198
(1) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai
perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak
menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa alasan yg munasabah adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $1000, dihukum penjara selama suatu tempoh
tidak melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai
perempuan atau mana2 perempuan yg memakai pakaian lelaki dan berlagak
menyerupai lelaki di mana2 tempat awam untuk tujuan yg tidak bermoral
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236
(1)mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib
untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara
rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran
demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama
suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya sekali.
KHALWAT 196.
(1) Mana-mana orang Islam yg melakukan khalwat adalah melakukan
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi
satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna
(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau
(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat,
TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di
masjid dengan tiada uzur syar’ie atau tiada alasan-alasan yang
munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan
pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua,
dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga
atau berikutnya.
TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua
tembakau ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh
tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yg menjual atau menghidang ada jua makanan atau
tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta di tempat
itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama
suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.
(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal
perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan,
minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa
dalam bulan Ramadhan yang tanpanya pesakit itu terjejas.
(4) Jika mana-mana orang yg gagal mematuhi ceraian (2) dalam
kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah
dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah
menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia
dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa
kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil
langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu
dilakukan.
HUKUMAN ZINA 69.
(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat
orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah Mahkamah berpuas hati dengan
mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman
hadd seperti berikut –
(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau
(b)jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh
sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan
keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan-
(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang
Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan
syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah berpuas
hati dengan mengambil kira kehendak- kehendak tazkiyah al syuhud, adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum
dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian
(1).
(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang
Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan
di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang
diperuntukan dibawah ceraian (2).
HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-
(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara’ setelah
Mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah
al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di
mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama
suatu tempoh tidak melebihi 3tahun; atau
(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yg diperuntukan
dibawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan
di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah
selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.
Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)
(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi2 yang sah) maka:
kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.
-kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut
-kesalahan ketiga dan seterusnya – penjara tidak lebih 15 tahun
(so takdelah kena potong sampai 4 kerat)….
Kalau bersalah bukan cara diatas (A) : kena penjara dan denda.
Pengecualian :
-pesalah 15 tahun kebawah atau tidak siuman…
-owner mmg tak jaga keselamatan brg
-pencuri bayar sikit, lepas tuh lari….
-bende curi senang dapat dan mudah hancur (cth : buah2)
-bende curi tiada nilai disisi syarak (arak, alat musik)…
-pencuri curi dari penghutang yang tak nak bayar hutang pencuri…. (nilai jgn lebih plak)
-keadaan memaksa : bencana alam, perang
-bini curi dari suami atau senbaliknya (kecurian dalam keluarga sendiri)…
Untuk pengetahuan orang Indonesia/Malaysia/Singapura.
*Muhsan bermaksud yang sudah kawin dan pernah ‘berprojek’….
*Bini-bini tu Perempuan… bukan Isteri…
*Bini-bini tu Perempuan… bukan Isteri…
Malaysia pun boleh laksanakannya...tunggu apa lagi. Takut sendiri punya kena potong ke. Sebab banyak sangat merembat.
ReplyDeleteSetuju
Deletehaha..laksana ja...ada ka yang berani??
ReplyDelete