[EKSKLUSIF] Kelibat Misteri Wanita Berambut Panjang | Dilihat Di Hospital Putrajaya | Meskipun boleh dikategorikan antara pusat perubatan paling moden dan
canggih di Malaysia, Hospital Putrajaya telah mengambil pendekatan
spiritual berlandaskan agama apabila menjalankan upacara ‘memagar’,
minggu lepas.
Memagar, upacara yang tidak asing lagi dalam kalangan umat Islam
untuk mengelakkan gangguan makhluk halus itu dilakukan oleh 40 perawat
yang dijemput dari pusat perubatan alternatif terkenal, Darussyifa’.
baca lagiklik TAJUK ENTRI ni
Difahamkan, ia adalah ikhtiar daripada pihak pengurusan
hospital setelah menerima banyak laporan berkaitan gangguan makhluk
halus daripada kakitangannya sejak dua tahun lalu.
Antara makhluk halus atau ‘hantu’ yang dikatakan popular
mengganggu kakitangan hospital adalah entiti berambut panjang menyerupai
wanita cantik yang digelar ‘Shasha’.
Shasha diceritakan sering muncul merayau di koridor bangunan
Institut Kanser Negara (IKN) pada waktu malam dengan memakai baju
berwarna putih atau kuning.
Walaupun rata-rata kakitangan hospital menolak menyatakan secara
terang-terangan upacara memagar telah dijalankan, mereka mengaku ada
melihat perawat perubatan yang berkopiah merenjis air di sekitar kawasan
hospital berkenaan.
Darussyifa’ yang dinaungi oleh Datuk Dr Haron Din, sememangnya
terkenal di negara ini sebagai ikhtiar untuk merawat gangguan makhluk
halus menggunakan cara Islam dan berlandaskan al-Quran.
orang putrajaya tak heran dgn kelibat hantu sbb dah tau ada kelibat badak air di seri perdana
ReplyDeleteKat putra jaya pun lagi byk hantu rasuah dari hantu ori pun org suka lagi menjutawankan berebut2 nak jadi hantu rasuah
ReplyDelete