[EKSKLUSIF] Nicol Queen (Penganut KRISTIAN) Memeluk Agama Islam | Kisah Nyata Kisah Benar |
Saya adalah seorang gadis Amerika yang berasal daripada sebuah pekan
kecil di Texas, telah menerima hidayahNya untuk memeluk agama Islam.
Saya tahu ianya memeranjatkan bagi sesetengah orang, tetapi bagi diri
saya yang menjalani kehidupan terumbang-ambing sebagai seorang
jurugambar yang merakam tentang kehidupan di malam hari, telah menjadi
pendorong kepada diri saya dalam mencari erti dan matlamat kehidupan
ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tuhan adalah matlamat utama dan saya tidak sesekali berputus asa di
dalam pencarian ini. Kini saya adalah figura umum yang memberi ceramah
tentang Islam di Amerika, dan juga merangkap sebagai seorang jurugambar
profesional dengan pengalaman lebih dari 10 tahun.
Saya amat bersyukur dengan kehidupan baru saya kini, yang telah berkahwin dan dikurniai seorang putera.
Andai ianya berlaku sebegitu mudah. Seumpama memuat naik iklan di
laman web, apabila merujuk kepada diri ini yang pertama kali melalui
proses transisi dalam meninggalkan kehidupan lampau yang sia-sia demi
untuk memenuhi impian dan keinginan mendampingi Tuhan di dalam Islam.
Atau mungkin, seperti laman mencari jodoh di alam maya, cuma anda
perlu mencari perkara lain yang lebih besar daripada sekadar cinta
semata-mata, umpamanya pencarian identiti baru, milik kendiri,
persahabatan, atau mungkin karier baru? Wah, adakah pernah ada sesiapa
yang menoleh ke belakang di dalam pelayaran dan mengatakan “Aku tidak
percaya yang diriku telah berjaya merentasi ribut ini dengan selamat,
tetapi adakah ianya berbaloi?” Saya tahu yang saya seringkali
mengungkapkan kata-kata tersebut dan saya yakin saya bukanlah
berseorangan. Untuk menjadi seorang Muslim, ianya lebih daripada sekadar
menukar kepercayaan akidah sahaja.
Di serata dunia hari ini, orang ramai sibuk membaca, ber’blog’,
mencari dan bertanya tentang Islam. Ianya telah menjadi topik terhangat
dimana-mana, hatta di dalam gereja sekalipun. Disamping menyampaikan
ajaran Kristian, gereja juga tidak boleh lari daripada membicarakan
subjek berhubung Islam, agama anutan saya kini.
Permintaan terhadap informasi berkaitan Muslim dan Islam meningkat
dengan mendadak dan kian membesar, sehingga saya boleh memberi
perumpamaan seperti bebola salji yang kian membesar semasa bergolek
turun daripada bukit kerana mengumpulkan salji di sepanjang
perjalanannya.
Apa yang menariknya ialah melihat bagaimana masyarakat umum
berebut-rebut untuk mengambil cebisan daripada “bebola salji” tersebut.
Keseronokan yang diperolehi apabila anda memeluk Islam, saya
gelarkannya sebagai “New Muslim High” (Kenikmatan Saudara Baru
Muslim)..(Ketawa). Saya membayangkan jika rasa keseronokan ini dapat
dibotolkan dan dijual kepada orang ramai, tentu ramai orang akan turut
dapat berkongsi perasaan yang menakjubkan ini. Ianya berlaku secara
spontan, bagaikan seseorang mengejutkan anda daripada tidur yang lena
dan berkata “Hei, apa khabar? Mari saya kenalkan kamu dengan diri kamu
yang baru.
Diri kamu yang dulu hanyalah pelanduk dua serupa yang tiada berjiwa.
Inilah diri kamu yang sebenar, bersih dan bercahaya, yang kamu ingin
bertemu sejak sekian lama”. Bersama-sama perubahan mendadak yang berlaku
di dalam hidup ini, kita juga perlu bersedia untuk mendepani arus
cabaran yang bakal mendatang.
Alhamdulillah. ..hidayah Allah menerangi hatinya.
ReplyDelete