[EKSKLUSIF] Sultan Brunei Mengawal Lalu Lintas | [GAMBAR] Ketika Pengiringnya Kemalangan
1/13/2014 08:00:00 pm
[EKSKLUSIF] Sultan Brunei Mengawal Lalu Lintas | [GAMBAR] Ketika Pengiringnya Kemalangan | Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila baginda sendiri
mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya
mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan
kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain selepas
dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.
Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke
hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah
bertentengan, menurut laporan Brunei Times.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong
semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan
mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan
rawatan kecemasan.
Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat
kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka
ketika memandu melalui jalan berkenaan.
Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan,
manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma
dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu
seorang wanita.
Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
sumber
1 comments
Tudiah, pemimpin mcm ni lah yg kita nak!
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"