Monday, 13 January 2014

[EKSKLUSIF] Sultan Brunei Mengawal Lalu Lintas | [GAMBAR] Ketika Pengiringnya Kemalangan

[EKSKLUSIF] Sultan Brunei Mengawal Lalu Lintas | [GAMBAR] Ketika Pengiringnya Kemalangan | Kagum dengan sikap yang dipamirkan Sultan Brunei, bila baginda sendiri mengawal lalu lintas apabila salah seorang pengiring bermotosikalnya mendapat kemalangan jalanraya yang sedang diberikan pertolongan kecemasan oleh pemandu dan pengiring bermotosikal yang lain selepas dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju seorang wanita.

sultan brunei jaga lalu lintas2

Kedua-dua anggota pengiring Diraja Brunei itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dilanggar kereta itu yang datang dari arah bertentengan, menurut laporan Brunei Times.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Kejadian berlaku berdekatan Jerudong Park di Lebuh Raya Muara-Tutong semalam. Kagum dengan kesudian baginda keluar dari kereta Diraja dan mengawal keadaan lalu lintas sementara anggota pengiringnya diberikan rawatan kecemasan.

Bayangkan perasaan rakyat Brunei yang berkesempatan melihat kerendahan hati dan kemulian yang dipertontonkan pemerintah mereka ketika memandu melalui jalan berkenaan.

Dalam kejadian itu, seorang anggota patah bahu kiri dan tangan, manakala seorang lagi cedera ringan tetapi masih dalam keadaan trauma dan terkejut selepas mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang wanita.

Pemandu itu dipercayai memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

sumber

1 comment:

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"