[INFO PENTING] Fungsi Lubang-Lubang Kecil Pada Biskut | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Pernah tak anda terfikir kenapa kebanyakan biskut yang berada di pasaran mempunyai beberapa lubang di atasnya?
Ye, kebanyakan daripada kita hanya pandai makan biskut je tanpa
mengetahui sebab biskut itu mempunyai lubang-lubang kecil pada
permukaannya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Lubang-lubang kecil itu bukan untuk hiasan atau suka-suka
tetapi ada fungsinya. Biskut-biskut ini dibuat lubang adalah kerana untuk memastikan
biskut-biskut ini masak secara rata.
Biskut akan mengeluarkan wap atau
haba. Tanpa lubang-lubang ini, biskut akan mengelembung dan menjadikan
biskut kelihatan buruk.
Selain itu, dengan lubang-lubang ini, biskut akan lebih rangup. Kalau
lubang-lubang biskut ini dibuat terlalu dekat ianya akan menyebabkan
biskut akan menjadi sangat keras dan kering kerana terlalu banyak wap
yang keluar dan kalau terlalu jauh sangat, gelembung yang hodoh akan ada
pada permukaan biskut.
info yang baharu ni....
ReplyDelete