Sahabat Que 'Silent Readers'

[KERJA GILA] Dapat Alamat Dari ‘Tuhan’ Untuk Cabut Batu Nesan Kubur | PELIK TAPI BENAR

1/25/2014 02:00:00 pm

[KERJA GILA] Dapat Alamat Dari ‘Tuhan’ Untuk Cabut Batu Nesan Kubur | PELIK TAPI BENAR | Misteri batu nisan dicabut dan dipecahkan di Tanah Perkuburan Solok Zakaria, di sini, yang dikesan hujung Ramadan lalu, terungkai apabila ia didapati dilakukan dua beradik yang mendakwa menerima ‘wahyu daripada tuhan’.

cabut-batu-nesan1
Longgokan batu nisan yang dipercayai dicabut.
Beberapa batu nisan di kubur itu didapati pecah beberapa hari sebelum Aidilfitri 8 Ogos lalu. Bilangan nisan yang pecah bertambah selepas itu.
baca lagi & lagio gambar klik TAJUK ENTRI ni

Katanya, seorang penduduk melihat seorang wanita berusia 58 tahun bersama adik lelakinya yang berusia 44 tahun sedang leka memecahkan batu nisan berkenaan, kira-kira jam 9.30 pagi, Isnin lalu.

Menurut seorang penduduk yang tinggal kira-kira 50 meter dari kawasan kubur itu, Azri Ayob, 53, ketika kejadian, dia sedang memberi makan kepada ayam dan itiknya di reban di belakang rumahnya.

“Ketika itu saya lihat seorang perempuan dan lelaki sedang mencabut, memecahkan batu-batu nisan dengan tukul dan membuang batu-batu nisan tersebut.

“Saya tanya mereka mengapa buat begitu. Wanita itu berkata, dia mendapat ‘alamat’ daripada tuhan yang menyuruh dia mencabutkan batu-batu nisan di sini kerana tiada orang (mati) di tempat itu,” katanya.

Azri berkata, bimbang lebih banyak batu nisan dipecahkan, dia menghubungi polis dan melaporkan perbuatan dua beradik itu.

Menurutnya, dia kembali semula ke kubur itu kemudian, tetapi dapati kedua adik beradik itu sudah beredar, dengan menaiki sebuah Proton Iswara Aeroback.

Longgokan batu nisan di kawasan pembakaran rumput dan daun kering.
Longgokan batu nisan di kawasan pembakaran rumput dan daun kering.



“Saya kemudian mengekori sehingga ke rumah mereka sejauh kira-kira satu kilometer dan mencatat nombor pendaftaran kereta itu untuk diserahkan kepada polis,” katanya.

Menurut Azri, dia menyedari batu nisan berkenaan tercabut beberapa hari sebelum hari raya ketika dia membakar rumput dan daun-daun kering di belakang rumahnya.

“Selepas membakar, saya sedar terdapat banyak batu nisan dilonggokkan di situ, tetapi masa itu saya tak pasti puncanya.

“Keesokan harinya, saya periksa tempat pembakaran itu dan melihat bilangan batu nisan bertambah. Apabila saya periksa kubur-kubur di situ, saya dapati lebih 50 batu nisan telah dicabut dan pecah,” katanya.

Bahagian atas batu nisan yang dipercayai dipecahkan kedua-dua beradik berkenaan.
Bahagian atas batu nisan yang dipercayai dipecahkan kedua-dua beradik berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, kedua orang yang disyaki itu ditahan di rumah mereka di Kampung Jelatang, kira-kira 4.30 petang hari yang sama.

”Siasatan awal mendapati wanita itu menyuruh adiknya mencabut batu-batu nisan di tanah perkuburan tersebut selepas mendapat ‘rahmat’ daripada tuhan.

“Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui bagaimana ia memperoleh ‘rahmat’ seperti didakwanya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Umar Ali, kedua-duanya kini ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan perkuburan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

sumber: sinarharian

You Might Also Like

0 comments

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad