Sahabat Que 'Silent Readers'

[NGERI] Kemaluan Dipatuk Ular Di Tandas | HATI-HATI

1/03/2014 08:30:00 pm

[NGERI] Kemaluan Dipatuk Ular Di Tandas | HATI-HATI | Accra – Perbuatan yang biasa kadang-kadang menyebabkan kesan yang luar biasa.

ular-dalam-tandas

Seorang lelaki melalui pengalaman yang mungkin kekal dalam ingatan sepanjang hayatnya apabila kemaluannya dipatuk ular ketika dia sedang membuang air, lapor media di ACCRA.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Menurut media Ghana, Kwabena Nkrumah, 34, sedang menggunakan tandas awam di wilayah Ashanti apabila seekor ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah dan mematuk zakarnya.

Nkrumah menyedari dia diserang selepas mengalami kesakitan melampau dan mendakwa hampir pitam.

“Saya lihat ke bawah, ular itu bersedia untuk mematuk lagi.

“Saya pun terus keluar melarikan diri untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Bagaimanapun, jeritan lelaki itu menyebabkan keadaan panik dengan sesetengah pengguna tandas turut keluar dalam keadaan terburu-buru.

Nkrumah kemudian dirawat di hospital tempatan sebelum dibenarkan pulang.

Insiden itu berlaku hanya beberapa bulan selepas media melaporkan bahawa bomoh di Swaziland dilarang terbang dengan penyapu mereka melebihi ketinggian 150 meter di dara. – Agensi

You Might Also Like

1 comments

  1. Ular “hitam dan besar” menjulur keluar dari bawah.

    Ular tu jumpa kawan kot, jadi beri ciuman manja.

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad