Saturday, 18 January 2014

[PANAS] Awas Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg | ARAK ALAF BARU YANG TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

[PANAS] Awas Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg | ARAK ALAF BARU YANG TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA | Baru-baru ni kecoh di ruangan Facebook tentang penjualan air tin Jolly Shandy yang mungkin boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia.


Sekarang ini ianya dijual dalam bentuk hampir sama dengan tin minuman biasa seperti F&N, Coca Cola dan lain-lain.
baca lagi & lagi gambar, klik TAJUK ENTRI ni

Di 7E pun dah ada dijual sekarang. Ianya arak, bukan minuman biasa.
Fakta ringkas tentang Jolly Shandy:
  • Jolly Shandy ialah air minuman tin beralkohol rendah (arak) yang dikeluarkan oleh Syarikat Carlsberg sejak tahun 2007 lagi.
  • Menariknya, walaupun syarikat ini berpangkalan di Eropah, minuman Jolly Shandy ini dicipta khas dan dikeluarkan dikilangnya yang terletak di Shah Alam, Malaysia.
  • Minuman ini turut di eksport ke negara-negara Asia yang lain.
  • Kandungan alkohol dalam Jolly Shandy adalah pada kadar 1% dan mempunyai beberapa perisa antaranya Lemon, Orange, Lychee, Apple dan Pineapple.
  • Ingredients: Water, sugar, beer, citric acid, flavouring, colour, carbon dioxide, ascorbic acid, vitamin C and stabilizer.
  • Minuman ini baru-baru ini dilancarkan semula dengan rasa yang dipertingkat dan dalam packaging yang baru bersaiz air tin biasa 320 ml.
jolly shandy arak


Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan “Contains alcohol” hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

Mungkin pada kadar 1% alkohol, ia tidak akan memabukkan. Namun bagi kita umat Islam, adalah haram hukumnya meminum arak walaupun hanya setitik sahaja tetaplah haram.


2 comments:

  1. Sebenarnya memang shandy ni umat Islam tak boleh minum. Dekat sabah kalau member non muslim nak minum pun diorang minta plastik hitam & tak minum depan yang muslim :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Serius ? Dah bnyak mmbe saya mnum air ni.

      Delete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"