[PANAS] Kutub Bumi Kian Menyongsang | Malaysia Bakal Jadi Negara 4 Musim Tidak Lama Lagi? | Kebanyakan media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan
fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda
awal kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan
akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan
seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak
dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40
darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu
pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari
pada 2013. Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan
40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan
berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil
didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada
sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada
di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai
turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang
atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan
bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung
berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan
migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan
iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada
fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga
tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi
kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global
dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan
magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan
pergerakan kutub yang semakin laju.
best le...ada salji
ReplyDelete