[PANAS] Penyanyi Bertudung Dihalau Turun Pentas | RASIS DAN DISKRIMINASI? | Selepas kontroversi seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarahkan
untuk membuka tudung semasa mengajar di SJKC Nan Ya, Teluk Sengat,
Johor, malam tadi diskriminasi yang sama dikenakan kepada seorang
penyanyi yang membuat persembahan di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime
Darby, Bukit Kiara.
Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama
band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika
majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju
hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di
atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik
dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan
di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam
tadi.
Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan
CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya
sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang
tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.
“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas
pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah
isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis
tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada
tetamu yang datang berhijab.”
Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul
kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina
untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like
You” dan “Price Tag”.
“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya
berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar
Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina yang
kemudian telah dimarahi Shannon setelah selesai persembahan tersebut.
Menurutnya lagi, Shannon kemudian telah memanggilnya di bahagian luar
dewan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Marina menyanyi dalam
keadaan bertudung. Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon
meninggalkannya bersama Penolong Pengurus Pembangunan syarikat,
Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Jaharudin ketika dihubungi MySuara pagi tadi mengesahkan kejadian
tersebut tetapi enggan mengulas lanjut kerana dia bukan pihak yang
berautoriti.
Bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal
yang pertama kali menjadi mangsa rasis dan diskriminasi perkauman
setelah 12 tahun bergiat dalam industri tersebut menyifatkan tindakan
penganjur sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya
sebagai seorang Muslim.
“Kita berada di Malaysia bukan Amerika Syarikat. Malah Amerika
Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa
masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!”
tegas Marina yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada
jam 2.40 pagi tadi selepas pulang dari majlis tersebut.
bukan setakat dunia glamour jer ada diskriminasi pada yang berhijab... malah di pejabat2 pun ada.. entahlah... negara kita negara demokrasi sepatutnya kita menghormati antara satu sama lain...
ReplyDeletesbnrnye perempuan brtudung ke tak brtudung ke mne boleh wat persembahan utk paparan lelaki bkn mahram..bkn sexist..tp utk jge maruah perempuan..
ReplyDelete