[PEMBONGKARAN] Asal Usul Dunia Bola Sepak | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU
1/22/2014 05:00:00 pm
[PEMBONGKARAN] Asal Usul Dunia Bola Sepak | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Cerita 1. Tahukah anda dari manakah asal usul permainan bola sepak ini?
Terdapat pelbagai versi yang kita pernah dengar seperti dari negara
China, berdasarkan lukisan yang dijumpai di Tiongkok.
Ada pula yang
menyatakan ia berasal dari Amerika Selatan iaitu oleh tamadun Maya
berdasarkan rekod dan ukiran di piramid mereka.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ada pula menyatakan dari
Tanah Arab iaitu selepas terjadinya Peristiwa Karbala yang mana
Sayidina Huseein r.a., cucu Rasulullah SAW telah syahid dipenggal
kepalanya. Di sini, ingin difokuskan kepada sejarah Peristiwa Karbala
ini sebab ia berkait rapat dengan umat Islam itu sendiri.
Sebelum itu, mari kita telusuri Peristiwa Karbala itu secara ringkas di sini:
Apabila Mu’wiyyah r.a meninggal dunia maka anaknya Yazid bin
Mu’awiyyah r.h telah diangkat menjadi penggantinya. Perlantikan Yazid
ini telah dipersetujui [bai’ah] oleh majoriti para sahabat Nabi yang
masih hidup termasuk para Ahlul Bait serta masyarakat Islam. Namun
begitu penduduk Kufah yang rata-ratanya berfahaman Syiah telah menolak
kepimpinan Yazid dan ingin melantik Saidina Hussain sebagai khalifah
yang baru. Lalu penduduk Kufah termasuk tokoh-tokoh Syiah menulis surat
kepada Saidina Hussain menjemput beliau ke Kufah untuk tujuan tersebut.
Mereka bukan sekadar berjanji akan taat setia kepada kepimpinan Saidina
Hussain malah mereka sanggup untuk menghunus senjata demi membela beliau
serta menjatuhkan kerajaan Bani Umaiyah pimpinan Khalifah Yazid.
Mendengarkan sokongan yang padu dari penduduk Kufah maka beliau
mengutuskan Muslim bin ‘Aqil untuk meninjau keadaan sebenar di Kufah.
Saidina Hussain memaklumkan khabar berita ini serta niat beliau untuk ke
Kufah kepada para sahabat serta ahli keluarga beliau bagi mendengar
pandangan mereka. Namun demikian para sahabat terkemuka serta ahli
keluarganya seperti ‘Abdullah Ibnu Abbas, Muhammad bin al-Hanafiyah,
‘Abdul Rahman bin Hisyam al-Makhzumi, ‘Abdullah bin Jaafar bin Abi
Talib, Abdullah bin Muti’ al-Afdawi, ‘Amru bin Sa’id, ‘Abdullah bin
‘Umar, Abu Sa’id al-Khudri dan lain-lain telah menentang niat Saidina
Hussain tersebut. Mari kita lihat beberapa ungkapan kata-kata mereka
terhadap Saidina Hussain.
‘Abdullah bin Abbas r.a berkata: “Wahai sepupuku bagaimana anda boleh
bersabar sedangkan saya tidak boleh bersabar. Saya bimbang anda akan
binasa jika anda meneruskan hasrat anda itu. Penduduk Iraq adalah
orang-orang yang suka memungkiri janji. Janganlah anda terpedaya dengan
pujukan mereka.” – (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah
Yang Perlu Diperbetulkan Semula, Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms.
208.)
‘Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib pernah menulis kepada Saidina Hussain sepucuk surat. Antara kandungan surat tersebut ialah:
“Saya sangat mengharapkan agar anda benar-benar merenung isi
kandungan surat ini. Saya sebenarnya amat kasihan dengan anda kerana
bimbang kalau-kalau anda akan binasa dan keluarga anda pula akan
terhapus. Jika sekiranya anda binasa hari ini, akan padamlah cahaya
bumi. Anda adalah salah seorang tokoh yang menjadi ikutan masyarakat dan
harapan orang-orang mukmin. Janganlah anda tergesa-gesa bertolak ke
Iraq. – (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu
Diperbetulkan Semula, Prof. Dr. Ibrahim Ali Sya’wat, ms. 209)
‘Abdullah bin Jaafar bukan sekadar menghantar surat bertujuan untuk
menghalang Saidina Hussain dari meneruskan rancangannya untuk ke Kufah,
malah beliau juga telah meminta ‘Amru bin Sa’id, Gabenor Khalifah Yazid
di Makkah untuk memujuk Saidina Hussain agar membatalkan hasratnya
tersebut. Namun begitu Saidina Hussain tetap berkeras untuk berangkat ke
Kufah.
Sahabat yang terkemuka serta keluarga saidina Hussin menghalangnya dari berangkat ke Kufah kerana beberapa sebab. Antaranya
1) Mereka dapat menghidu helah golongan Syiah di Kufah yang sememangnya
terkenal dengan pengkhianatan mereka terhadap Umat Islam. Mereka inilah
kelompok yang telah menyokong ‘Abdullah Ibnu Saba’, terlibat dalam
pembunuhan ‘Uthman bin ‘Affan r.a, mengkhianati Saidina ‘Ali serta abang
Saidina Hussain yakni Saidina Hassan r.a. Mereka berpandangan sokongan
kuat yang menurut khabarnya datang dari penduduk Kufah hanyalah palsu
dan tindakan mereka ini merupakan dalih mereka untuk menimbulkan susana
kacau-bilau di dalam masyarakat Islam.
2) Yazid bin Mu’awiyyah adalah seorang khalifah yang telah dibai’ah
oleh majoriti umat Islam, dikalangan para sahabat-sahabat utama dan juga
ahli keluarga Rasulullah s.a.w.. Maka dari sisi syarak perlantikan
beliau sebagai khalifah adalah sah. Terdapat larangan dari Rasulullah
s.a.w. untuk memberontak terhadap pemerintah yang telah dilantik umat
Islam secara sah.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesiapa telah mengangkat [telah bersetuju melantik] seorang pemimpin
kemudian memberikan kepadanya uluran tangannya dan buah hatinya [sebagai
tanda persetujuan], maka hendaklah dia [orang yang mengangkatnya]
mentaatinya sedaya mungkin. Maka jika datang orang lain yang
menentangnya, hendaklah mereka membunuh yang terakhir [penentang].
Aku [‘Abdul Rahman bin ‘Abdi Rabbil Kaabah] bertanya [kepada ‘Abdullah
bin ‘Amr]: Apakah kamu mendengar ini dari Rasulullah s.a.w.?
Dia [‘Abdullah bin ‘Amr] menjawab: Aku mendengar [hadis ini] dengan
kedua telingaku dan difahami oleh hatiku. – Hadis Riwayat Imam Abu
Dawud, no: 3707.
Oleh itu mereka membantah niat Saidina Hussain untuk menyertai malah mengepalai pemberontakan penduduk Kufah tersebut
3) Mereka juga khuatir tindakan Saidina Hussain ini akan menimbulkan
pertumpahan darah sesama umat Islam dan akan melemahkan persatuan umat.
4) Mereka bimbang akan keselamatan Saidina Hussain dan ahli
keluarganya yang berkemungkinan akan dkhianati oleh penduduk Kufah atau
diserang oleh tentera Khalifah Yazid.
Ternyata pujuk rayu mereka gagal untuk menghentikan hasrat beliau
untuk ke Kufah. Kenapa agaknya Saidina Hussain tetap berkeras untuk ke
Kufah? Jawapan Saidina Hussain adalah seperti berikut:
Saya telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan saya telah
melakukan sesuatu yang telah ditentukan kepada saya tanpa mengira ia
mendatangkan keburukan kepada diri saya atau memberikan keuntungan
kepada saya.
Lalu ‘Abdullah bin Yahya berkata: Apakah mimpi anda itu?
Jawab al-Hussain: Saya tidak dapat menceritakannya kepada seseorangpun,
malah saya tidak boleh memberitahu kepada seseorangpun sehingga saya
bertemu dengan Tuhan saya – Rujuk Tarikh al-Umam wa al-Muluk, jilid 4,
ms. 388. (Kesalahan-Kesalahan Terhadap Fakta-Fakta Sejarah Yang Perlu
Diperbetulkan Semula, ms. 270)
Apabila mendengar pergerakan rombongan Saidina Hussain ke Kufah maka
Yazid memerintahkan gabenor beliau di Basrah iaitu Ubaidullah bin Ziyad
serta tenteranya untuk berangkat ke Kufah bagi memantau pergerakan
Saidina Hussain serta kebangkitan orang-orang Kufah. Tindakan Yazid
bukanlah sesuatu yang sukar untuk difahami bagi mereka yang arif dalam
bidang politik. Mana-mana pemimpin pasti akan berwaspada sekiranya
terdapat ura-ura bahawa pemberontakan bakal terjadi dan ianya bukan
sahaja boleh menggugat tampuk pemerintahannya malah akan menggugat
kestabilan politik umat Islam pada masa itu. Harus kita semua fahami
bahawa arahan dari Yazid hanyalah untuk memantau atau memerhatikan
sahaja pergerakan Saidina Husain dan penduduk Kufah tersebut dan
tindakan hanya perlu diambil sekiranya mereka terlebih dahulu memulakan
serangan.
Oleh itu siapa sebenarnya yang membunuh Saidina Hussain?
Ubaidillah bin Hussain sebenarnya mematuhi arahan Yazid dan tidak
melancarkan serangan tersebut. Wakil Saidina Hussain di Kufah iaitu
Muslim bin ‘Aqil telah menghidu konspirasi yang sedang dirancang oleh
penduduk Syi’ah di sana. Sebelum Muslim dibunuh oleh penduduk Kufah
beliau sempat mengutuskan ‘Umar bin Saad bin Abi Waqqas kepada Saidina
Hussain yang semakin hampir tiba ke bandar Kufah tentang kecurangan
golongan Syi’ah. Maka Saidina Hussain membatalkan hasratnya untuk ke
Kufah dan mengubah laluan rombongannya menuju ke Syam untuk menemui
Yazid. Ini jelas menunjukkan bahawa Saidina Hussain telah meninggalkan
niat asalnya untuk memberontak terhadap Yazid dan telah pun menunjukkan
kesediannya untuk membai’ah Yazid. Golongan Syi’ah di Kufah mula panik
dengan perubahan arah tersebut kerana sekiranya Saidina Hussain
berbai’ah kepada Yazid maka musnahlah segala perancangan kotor mereka
untuk memporak-perandakan kesatuan umat Islam. Sekiranya Hussain berada
di pihak Yazid maka sudah pasti mereka akan dihancurkan oleh tentera
Islam. Menurut ulamak Syi’ah sendiri iaitu Mulla Baaqir Majlisi tentera
Syi’ah lengkap bersenjata dari Kufah mengejar rombongan Saidina Hussain
dan mereka bertembung di Karbala. Menurut Mulla Baqir Majlisi:
Sejarah memaparkan bahawa dialah (iaitu Syits bin Rab’ie seorang
Syi’ah dari Kufah) yang mengetuai 4000 bala tentera untuk menentang
Saidina Hussain dan dialah orang yang mula-mula turun dari kudanya untuk
memenggal kepala Saidina Hussain – Mulla Baaqir Majlis, Jilaau
al-‘Uyun, ms. 37. (artikel Syiah Pembunuh Sayyidina Hussain di Karbala.)
Berbalik kepada tajuk kita tadi “Asal Usul Permainan Bola Sepak”. Apa
kaitannya dengan peristiwa di atas? Telah diriwayatkan bahawa setelah
kepala Sayidina Hussain r.a dipenggal, maka musuh-musuhnya telah saling
menendang-nendang dan menyepak-nyepak kepala tersebut bagaikan sebuah
bola persis seperti permainan bola sepak yang dimainkan sekarang ini.
Sekiranya ini benar, apakah wajar kita sebagai umat Islam yang selama
ini menyatakan kecintaan kepada Rasululllah SAW dan ahli keluarga
baginda untuk terus menyerupai tindakan musuh-musuh Allah ini dengan
bermain bola sepak atau menyokongnya? Bukankah ada hadis yang menyebut
:” Barangsiapa meniru sesuatu kaum, dia dikira daripada kaum itu?”
Adakah kita tidak sensitif dengan hal ini? Adakah kita mahu terus jahil
atau buat-buat jahil tentang perkara yang sangat menghinakan Rasulullah
SAW dan ahlul bait baginda?
Selain itu, jika dilihat di sudut lain pula, keburukan bermain bola
sepak ini lebih banyak berbanding dengan kebaikannya. Dari sudut
pakaiannya, kebanyakan pemain bola sepak memakai seluar pendek yang
mendedahkan aurat lelaki. Bukan sahaja pemainya yang mendapat dosa
tetapi penontonnya juga mendapat dosa kerana memandang aurat.
Ulama-ulama terdahulu telah bersidang mengenai ini dan telah bersepakat:
Adapun pemain olahraga yang hanya mengenakan seluar pendek sehingga
terlihat paha atau sebahagian besar auratnya, maka hal itu tidak boleh.
Dan yang benar adalah wajib bagi para pemuda (pemain) adalah menutup aurat mereka dan juga tidak dibolehkan menyaksikan para pemain yang
terbuka pahanya (auratnya). (As-ilah Muhmalah hal 27, terbitan Dar Ibnul
Qayyim, Damman. Telah keluar fatwa yang serupa dari Lajnah Ad Daimah
Lil Buhuts Alilmiah wa Ifta’ di Arab.
Di sudut lain pula, permainan bola sepak ini mengambil masa yang lama
dan para ulama juga telah mengeluarkan fatwa berkenaan ini.
Contohnya,disebutkan disini adalah bahawa (bola sepak) telah dikenali di
dalam kitab-kitab para ulama kita terdahulu, dengan nama-nama yang
berbagai-bagai di dalam kitab-kitab bahasa mereka seperti Al Kujjah, Al
Buksah, Al Khazafah, At Tun, Al Ajurrah, Ash Shaulajan dan Al Kurrah
(lihat Al Qamusul Muhith dan Lisanul Arab)). Syaikh Muhammad Sholeh
Utsaimin rahimullah lebih memperincikan lagi hukum yang berkaitan dengan
latihan sepak bola, beliau berkata: “Latihan olahraga itu boleh
melalaikan kewajipan, maka olahraga tersebut adalah haram. Apabila
seseorang mempunyai kebiasaan menghabiskan sebagian besar waktunya di
dalam olahraga, maka sesungguhnya dia telah mensia-siakan waktu”.
Bagi segolongan peminat fanatik bola sepak, mereka sanggup menunggu
berjam-jam di luar stadium semata-mata untuk menonton permainan bola
sepak kegemaran mereka, sehingga cuai untuk solat yang sememangnya
menjadi kewajipan mereka kepada Allah SWT.
Dari sudut lain pula, permainan ini diasaskan oleh orang kafir, maka
tidak wajarlah bagi orang-orang Islam untuk sama-sama bersekongkol
dengan permainan yang memang unik dengan identiti mereka sebagai orang
kafir. Berkenaan ini ada disebut:
Sikap meniru orang-orang kafir yang didalam bahasa syar’i-nya adalah
tasyabbuh. Berikut adalah penjelasan mengenai tasyabbuh yang diambil
dari “Man Tasyabbaha biqaumin Fahuwa Minhum karya Dr. Nashir Abdul Karim
Al Aqli penerbit Darul Wathan – Riyadh edisi bahasa Indonesia Tasyabbuh
Sikap Meniru Kaum Kafir penterjemah Aboe Hawary penerbit Pustaka Mantiq
Solo Cetakan 1 Agustus 1992″ hal 17
“Tasyabbuh yang dilarang dalam Al Qur’an dan As Sunnah secara syar’i
adalah menyerupai orang-orang kafir dalam segala bentuk dan sifatnya
baik dalam aqidah, peribadatan ,kebudayaan, olahraga, sukan atau dalam
pola tingkah laku yang menunjukkan ciri khas mereka (kaum kafir).
Selain itu, percampuran bebas di stadium bola sepak antara lelaki dan
perempuan juga sememangnya haram. Ini tidak dapat dinafikan terjadi di
mana-mana stadium bola sepak ketika permainan bola sepak berlangsung. Di
samping itu, kita juga tahu bahawa kebanyakan kelab-kelab bola sepak
ini kebanyakkannya dimiliki Yahudi dan musuh-musuh Islam. Jadi, dengan
membeli tiket dan barang-barang atau produk kelab peminat bola sepak ini
secara tidak langsung turut menyumbang kepada musuh-musuh Islam ini.
Sekiranya kita ditanya di Akhirat nanti, ke manakah kita gunakan nikmat
pemberian Allah SWT ketika di dunia, apakah jawapan kita hendak beri?
Renung-renungkanlah! Sesungguhnya permainan bola sepak ini termasuk
agenda musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi dalam melalaikan umat Islam
dengan hiburan dan dunia, agar itulah menjadi kegilaan umat Islam, dan
terus meninggalkan perjuangan Islam yang sebenar . Maka mudahlah mereka
mencatur dunia apabila umat Islam telah lalai dengan dunia.
Berkata seorang Rijalullah: ” Tidak layak seseorang itu menjadi
pejuang Islam tapi pada masa sama masih bermain atau menyokong bola
sepak, kecuali dia bertaubat”.
Banyak lagi olahraga lain di dalam dunia, bahkan Islam juga ada
sukannya yang tersendiri. Mengapa kita masih hendak mempertahankan
sesuatu yang tidak menguntungkan kita sedikit pun?
Cerita 2
Menurut Bill Muray, pakar sejarah bola sepak, dalam bukunya The World
Game: A History of Soccer, bola sepak sudah dimainkan sejak awal
Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan
membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen.
Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut
episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada
relief-relief di dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola
bulat dan memainkannya dengan paha.
Bola sepak juga disebut-sebut berasal dari daratan Cina. Pada masa
pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah bermain permainan
bola yang disebut tsu chu. Tsu mempunyai maksud “menerajang bola dengan
kaki”. Sedangkan chu, bererti “bola dari kulit dan ada isinya”. Mereka
bermain bola yang diperbuat dari kulit binatang dengan cara menendang
dan mengheretnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang.
Menurut orang-orang Jepun Sejak abad ke-8, konon masyarakatnya sudah
kenal permainan ini. Mereka menyebutnya sebagai Kemari. Bolanya
diperbuat dari kulit kijang berisi udara.
Yang menarik, ada legenda pada abad pertengahan. Konon saat itu,
seluruh desa mengikuti satu permainan bola. Bola yang dibuat dari
tengkorak, ditendang satu diantara warga ke arah orang-orang kampung.
Kemudian, si penerima bola di kampung itu, diteruskan ditendang ke
kampung lain.
Cerita 3
Bola sepak atau Soccer (lebih dikenal sebagai “football” Amerika)
sudah ada sekian lama.Ia nya betul-betul lama. Menurut the National
Soccer Hall of Fame and Museum,bola sepak mula dikenal di masa Mesir
kuno, Dinasti Ts’in di China, dan orang-orang Indian di Amerika tahun
1600-an.
Bola sepak modern lahir pada pertengahan abad ke 19 di england.Akan
tetapi, F.I.F.A.(Federation of International Football Association) pada
tahun 2004 sudah secara rasmi mengakui bahawa bola sepak paling awal
sekali berasal dari Tiongkok, ketika itu ia disebut Cu Ju (baca: Ju Cü).
Permainan bola sepak tertua ini, bermula dari 2400 tahun yang lalu pada
masa Chun Qiu Zhan Guo ( Musim gugur negara-negara berperang) dan telah
melewati silih pergantian dinasti dan dalam jangka waktu lama tidak
surut. Yang lebih penting lagi ialah, orang Tiongkok kuno ternyata sudah
lama bermain bola sepak ini untuk mengukuhkan semangat dan etika
mereka.
Di Yunani bermain bola sepak diperkenalkan 800 tahun sebelum Masihi
dengan nama episkyro dan harpastron. Pasukan Rome yang menyerbu Yunani
tahun 146 sebelum Masihi kemudian mengambil permainan ini dan
menyebarkannya dikawasan penaklukan wilayah-wilayah nya di Eropah.
Kaisar Rome Julius Caesar tercatat sebagai penggemar harpastrum. Ia
menggunakan permainan ini sebagai ujian bagi melatih fizikal pasukan
tenteranya. Di Rome, terdapat kawasan harpastrum menyebabkan ia lebih
sesuai dimainkan oleh penduduk ketika itu.
Orang Eropah mulai mengenal bola sepak pada sekitar abad 8. Sama
seperti di Rome, permainan bola di eropah jauh lebih brutal. Bermain di
lapangan yang luas berjarak 3-4 kilometer. Raja Edward II pernah
menyebut sepak bola sebagai “permainan setan yang dibenci Tuhan.” Ia
melarang rakyatnya melakukan aktiviti ini pada April 1314, terutama
untuk kalangan ningrat.bola sepak dianggap kejam kerana menggunakan
tengkorak manusia sebagai bola…
Cerita 4
Sejarah tentang asal-usul bolasepak boleh dikatakan pelbagai. Asalkan
di mana ada manusia, ada kaki, di situlah mungkin bermulanya bola
sepak, ada pendapat yg mengatakan ia bermula di China, Jepun juga ada
versi bolasepaknya tersendiri, tanah Melayu juga ada versi permainan
bola tersendiri, menggunakan bola raga yg diperbuat daripada rotan yg
dianyam.
Ada setengah pihak mengaitkan sejarah bola sepak dengan perang
karbala di mana cucu Rasulullah dibunuh lalu dipancung kepala dan
dijadikan sebagai bola sepak tendang. Tetapi tidak ada bukti utk
menunjukkan bolasepak yg kita kenal sekarang bermula dari peristiwa itu.
Seperti saya katakan tadi, asalkan ada org, ada kaki, maka di situ
mungkin ada permainan di kalangan org muda menyepak atau menendang bola.
Bagaimanapun, bolasepak moden yg kita kenali sekarang dikatakan bermula
di England. Ada dua peraturan yg digunapakai pada masa itu menyebabkan
ia terbahagi kepada dua cara bermain iaitu football dan rugby yg ada
hingga sekarang.
Bolasepak bukan lagi sekadar permainan masyarakat, atau sekadar
tradisi setempat semata-mata. Bolasepak adalah satu perniagaan yg sangat
menguntungkan. Berapa ramai manusia yg mendapat rezeki hasil daripada
industri bolasepak.
Dari satu perspektif, bolasepak bukan lagi sejenis sukan semata-mata,
tetapi satu agama atau cara hidup baru. Ramai manusia sekarang menganut
agama bola. Pertama, FIFA berfungsi seolah sebagai satu sistem khalifah
menetapkan hukum dalam permainan bolasepak, menghimpunkan seluruh
pasukan bolasepak bernaung di bawah satu sistem. Memastikan semua
aktiviti bolasepak di negara2 bawah naungannya berjalan berdasarkan
proses dan prosedur yg telah ditetapkan sistem khalifah “FIFA”.
Kedua, berita atau informasi tentang bolasepak muncul di mana2 saja
di seluruh dunia tanpa kita perlu susah payah mencarinya. Buka radio
saja cerita tentang bola, buka TV saja penuh iklan tentang bola, banyak
syarikat seperti Celcom mengambil kesempatan membuat untung daripada
bolasepak menawarkan pelbagai pakej menarik dan istimewa sempena dan utk
peminat bolasepak.
Contohnya Astro menawarkan pakej siaran bolasepak dalam high
definition, buka suratkhabar pun berita depan pasti terselit tentang
keputusan bola sepak, iklan-iklan besar di merata tempat tentang
bolasepak. Begitu juga jualan TV plasma, LCD meningkat semata-mata
kerana hendak menonton bolasepak dalam high definition. Apabila pergi ke
kedai makan, manusia datang berkumpul dengan memakai jersi dari rumah
masing2 semata-mata utk menonton bolasepak di layar besar, beramai-ramai
menyokong dan bersorak utk pasukan bolasepak kegemaran mereka.
Dalam erti kata lain, bolasepak ada di mana-mana saja tanpa perlu
kita bersusah payah. Seolah tidak ada satu inci pun tanah di muka bumi
yg terlepas dari ideologi bolasepak. Ada satu jenis manusia lebih
prihatin tentang nama-nama pemain bola dan nama negara asal mereka,
berbanding isu berbangkit tentang Islam yg sudah tidak difahami
melainkan apa yg golongan ustaz / lebai ajar mereka di sekolah atau
surau. Keluar saja dari sekolah dan surau, agama itu cuma tinggal
sejadah dan kain pelikat. Agama cuma pada nama. Dan agama yg mereka
nampak cuma perkelahian di antara ahli-ahli yg mengaku arif tentang
agama. Isu agama sama seperti isu politik ditolak jauh2 oleh generasi
muda, lebih baik menonton bolasepak.
Ketiga, berbilion manusia di seluruh dunia yg mendukung ideologi
bolasepak dari pelbagai kaum, agama dan bangsa. Malah, kalau anda
dilahirkan sebagai bangsa Malaysia sekalipun tidak menjadi kesalahan
jika terang2 menyokong negara lain seperti Portugal, England,
Holland,Greece dsb. Kadang-kadang, yg bersorak tempik demi negara lain,
mungkin sudah lupa, susah payah anda setia dengan pasukan kegemaran anda
itu tidak dihargai pun, malah mereka pun tidak tahu anda wujud,
melainkan pihak2 tertentu mengambil untung, membuat duit daripada
kejahilan peminat bola sepak yg lupa diri, lupa asal usul.
Kemudian wujud pelbagai aliran dan mazhab dari segi corak permainan
bolasepak. Corak permainan Brazil dikatakan cantik seperti tarian,
Belanda dengan konsep “total football”, Germany sangat teknikal, Jepun
mempunyai pemain yg mahir ketika freekick utk mendapatkan gol, ada juga
pasukan yg skillnya tidaklah unik sangat tetapi bermain dengan
“semangat”. Dan ada pelbagai lagi corak permainan yg digunakan oleh
pasukan2 bola dalam Piala Dunia, demi utk mencapai matlamat yg satu,
iaitu mencapai kemenangan. Semua orang berhak utk menyokong mana2
pasukan bolasepak yg berbagai corak permainan. Persis seperti pengikut
mazhab. Ikutlah mana2 yg dirasa paling menghampiri kebenaran asalkan
tidak menjatuhkan pengikut mazhab lain. Semua “mazhab dan aliran” corak
permainan dari tempat / negara mana pun akan diterima asalkan ia masih
dalam lingkungan hukum yg ditetapkan oleh FIFA. Inilah dinamakan tauhid
dalam ideologi bolasepak. Gunalah apa carapun asalkan mencapai matlamat
bolasepak FIFA selagi tidak melampaui batas. Of course dalam ramai2 tu
adalah sebilangan yg fanatik sampai bertindak keterlaluan guna
kekerasan. Ada “pengikut mazhab” yg tak open minded, orang lain semua
salah dan tak boleh menang kecuali pasukan dia.
Sekadar gurau (mungkin sindiran) sahaja, mungkin satu hari nanti
permainan bola sepak sudah jauh dari matlamat berbolasepak yg sebenar,
banyak tipu, trick dan bohong atas nama bolasepak oleh “ulama bola”,
maka akan ada gerakan2 di seluruh dunia mengajak supaya bola sepak dan
pendukungnya kembali kepada bolasepak sebenar dengan merujuk kembali
kepada hukum asal yg ditetapkan FIFA. Gerakan “pembaharuan” dalam
bolasepak.
Kesimpulannya, bolasepak adalah satu sistem cara hidup, atau agama
baru, yg kembang mekar di seluruh dunia bukan lagi sekadar satu aktiviti
permainan utk menyihatkan badan. Banyak aktiviti fizikal lain seperti
yoga, panjat bukit, berbasikal dsb tetapi tidak membawa impak dan kesan
yg besar seperti bolasepak. Kerana bolasepak sekarang adalah satu agama.
Satu berhala besar yg dirasakan tidaklah salah utk disembah selagi
sejadah masih dibentang. Saya tak pasti besar mana berhala bolasepak
ini, tetapi kalau mengikut sunnah Nabi Ibrahim as., baginda memecahkan
semua berhala2 kecil dan membiarkan satu berhala besar memegang kapak,
supaya kaumnya berfikir: is it worth it menyembah ideologi lain selain
ideologi Allah.
Marilah bertanya kepada diri sendiri, adakah bersengkang mata pagi2
buta, terpekik terlolong menyokong pasukan negara lain, satu pengorbanan
yg berbaloi dan boleh memasukkan manusia ke dalam syurga.
Senario yg berlaku sekarang selari dengan protokol Zionis seperti
kata seorang tokoh Yahudi, Samuel Zwemer dalam Persidangan Misi Zionis
di Jerusalem pada 1935, dalam ucapannya menegaskan,
“Misi utama kita
bukanlah menjadikan orang-orang Islam bertukar agama menjadi Kristian
atau Yahudi, tetapi cukuplah dengan menjauhkan mereka dari Islam…Kita
jadikan mereka sebagai generasi muda Islam yang jauh dari Islam, malas
bekerja (untuk Islam), suka berfoya-foya, senang dengan segala
kemaksiatan, memburu kenikmatan hidup dan orientasi hidupnya semata-mata
untuk memuaskan hawa nafsunya…”.
1 comments
oh begitu kisahnya...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"