Sahabat Que 'Silent Readers'

[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu | PERLU DIBERI PERHATIAN !!!

1/03/2014 02:30:00 pm

[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu | PERLU DIBERI PERHATIAN !!! | Setiap orang mempunyai pengalaman  tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel. 


Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni

Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini. 

Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30 minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda. Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik hotel yang patut anda tahu. 

Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik 

Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan. Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.

Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya. 

Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik 

Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk.  Tetapi dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.

Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas dan ulang jika lekit cecair masih ada.

Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap terbayang apa yang terjadi di bilik hotel. 

Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka 

Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah, bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.

Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur. 

Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum 

Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.

Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?

Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel. 

Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik 

Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala Lumpur.  Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.

You Might Also Like

67 comments

  1. wahhh. menyearam kan. thanks sharing =)

    ReplyDelete
  2. adoiii seram rasanye nk gunakan dlm bilik hotel lg...

    ReplyDelete
  3. Ada lagi yg tak diceritakan di sini yg lebih menyeramkan.. kebanyakan hotel mewah memang dah dipasang Kamera tersembunyi utk merakamkan bukti2 jika ada berlaku apa2 yg mengancam keselamatan negara. Selalunya ia tersembunyi di Cermin bilik. Buktinya pernah dengar ramai ahli politik & para pembesar negara didedahkan dgn pasangan wanita mereka di bilik hotel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer,betul tu tapi kalau nak periksa benda tu ada atau tidak macam mana

      Delete
  4. Nice info memang menjadi pengajaran buat kita ....

    ReplyDelete
  5. Nice info memang menjadi pengajaran buat kita ....

    ReplyDelete
  6. Elakkan guna towel hotel sebab towel yg sama digunakan utk lap lantai toilet, toilet bowl, sinki. Member yg pernah bekerja di hotel sendiri yg bgtau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol...saya pernah tgk sendiri cleaber lap lantai tandas dengan tuala...sgt terkejut masa tu...baik pilih homestay la kot ye..mmg mengerikan..huhh

      Delete
    2. Yes,yang ni memang betul,tak di nafikan,better pergi hotel mana mana bawa tuala sendiri..sebab saya dulu kerja hotel jugak,walaupun management ajar staff housekeeping guna towel yg dh rosak(ada kuota utk itu)tapi diaorg yg nak cepat ni sauk yg mana ada je...pastu kena perhati kan cadar betul bbetul,sbb kalau nasib tak baik memang la depa tak tukar cadar..tapi bukan semua staff mcm tu,ada staff yg pentingkan kebersihan,biar lambat asalkan bersih,cuma segelintir j la

      Delete
    3. Sy sendiri pnh terkena time attend kursus kat resort PD..cadar ade kesan tapak kasut then spjg kursus selame 10hri 2, naik ruam2 n bengkak seluruh bdn..keluar msk sy kat emergency hospital utk dptkan suntikan surut ruam, bibir dh kalah Angelina Jolie

      Delete
  7. yup jgn guna towel hotel sbb mmg diorng gunakn utk lap lantai, toilet bowl.time 2 my sis aftr chck out naik blk hotel sbb trtingal barang skali die tngok cleaner 2 relax je ltak towel2 kt lantai toilet sambil lap toilt bowl.trus lpas 2 reject nk pkai towel hotel..

    ReplyDelete
  8. wah ! baru tahu..good sharing..lebih berhati-hati lepas ni ;)

    ReplyDelete
  9. Sy penah keje part time di hotel. Itulah hakikatnya..selalu bawak towel sendiri..

    ReplyDelete
  10. dan2 baca ni tengah outstation dkt singapore...
    ni kes dkt malaysia ke most of the hotels around the world?
    terbayang bilik hotel dah...
    apape pun thanks for sharing...

    ReplyDelete
  11. tambah lagi satu, towel di bilik hotel juga menjijikkan..mereka lap lantai, peralatan dan mangkuk tandas dgn towel hotel tu jugak..yuuhuuu

    ReplyDelete
  12. blanket pn tak dicuci sesetengah hotel.. hati2 lah :)

    ReplyDelete
  13. good sharing.. tak kira hotel mahal or murah.. memang kena hati2 bab ni..

    ReplyDelete
  14. sy pernah keje hotel 5 thn.hotel mmg gitu towel buat lap toilet n lantai sbb nk bg kering.cadar pun xtkar sbb xckup nk rooling..hati2 cadar blh bawah slu xtkr..silap2 jmpe darah dan kondom.

    ReplyDelete
  15. Seyes ke blanket n towel tak dicuci?adoi

    ReplyDelete
  16. blanket xcuci..hanye cadar je di cuci.tp xtkr xgune gak.pkai bks cadar org lain yg gne dlu n mcm2 bau..eee..towel tukar n cuci tp cme buat lap toilet n lantai tu yg x elok

    ReplyDelete
  17. memang la towel tu digunakan untuk lap toilet bowl jugak...tapi pastu die cuci...apeda...

    towel or blanket kalau gantung (tak letak atas lantai or dalam tub) memang tak basuh..

    ReplyDelete
  18. Salam...Thanx for sharing. Sharing is caring right. However x semua hotel mcm tu. Sesetengah hotel mereka sediakan kain2 utk mencuci, mengelap dan sebagainya. Tetapi jika staff menggunakan towel yg kotor utk mengelap lantai, sudah pasti towel & linen tersebut akan dihantar ke laundry utk proses pencucian. Mereka memakai chemical yg khusus utk buang2 kuman. Bukan kesemua hotel yg mempunyai reputasi yg buruk sebegini. Segelintirnya sahaja. Tiada apa yg perlu ditakuti jika kita menghuni hotel. Bagi saya sama sahaja. Cuba fikirkan dari segi positif. Lagi satu contoh, jika situasinya di rumah kita. Segelintirnya pun masih ada yg menggunakan towel utk mengelap lantai. Then, kita pasti akan cuci balik. So, kesimpulannya bukan semua hotel mempunyai reputasi yg buruk. Segelintirnya sahaja...Just for sharing with you guys.

    ReplyDelete
  19. Pearl international hotel in Malaysia sgt x cuci their blanket! Euw. Geliiii. Blik dr situ, terus byk kesan bed bugs di belakang smpai kena pgi clinic . :(

    ReplyDelete
  20. Pearl international hotel x cuci their blanket n bedsheets... tilam lama, n sgt kotor. Dh tukar 2 kali still kena gigit dgn bed bugs.. blik dr situ kena pgi clinic sbb teruk sgt. :(

    ReplyDelete
  21. Towel dicuci..cuma sblum tu digunakn sbg penyerap air yg baik utk lantai blk air.gelas dinasihatkn cuci bersih2 dgn air panas sblm guna.lantai blk biasanya krg bersih, walaupun berkarpet, sbb biasa org pkai kasut dlm blk. bab cerek air tu xtau la plak, maybe di msia bkn satu kebiasaan.

    ReplyDelete
  22. Kita sewa homestay saja lah...lebih selesa dan selamat...

    ReplyDelete
  23. Bukan semua hotel begitu...tapi ada manusia yg tidak jujur dlm melakukan tugas..so ambil jln mudah dan senang.sebenarnya masih ramai yg baik dan melaksanKan tanggung jawab dengan baik..

    ReplyDelete
  24. Kene hati2 lah lpas ni....huhu

    ReplyDelete
  25. Nape selalu bersangka buruk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann?!?

      Delete
    2. Betoi. Kenapa nak sangka buruk. Kalau nak kira semua tu, jenuh lar. For me, tak nampak, tak ape....

      Delete
  26. ok..lepas nie kena hati2...

    ReplyDelete
  27. Eee..menjijikan thanks for sharing

    ReplyDelete
  28. Sokong comment2 yang positive..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga! ;)

    ReplyDelete
  29. Sokong comment2 yang positive..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga! ;)

    ReplyDelete
  30. Hotel x salah yg salah orgnya.ada sop setiap task.but its good for sharing.x semua jujur dan amanah.termasuk lah den.baik ngata diri dr ngata org.

    ReplyDelete
  31. thanks..info yg sgt berguna. Apa2pun pilihan di tangan masing2 utk memilih kan :)

    ReplyDelete
  32. thanks..info yg sgt berguna. Apa2pun pilihan di tangan masing2 utk memilih kan :)

    ReplyDelete
  33. betul.. satu info yg berguna. kita tak bersangka buruk cuma berhati hati jer. untuk keselamatan kita juga. yg susah nanti bukan nya kau tapi mereka dan keluarga mereka sendiri. kau hanya oandai komen bodoh saja. jgn buta perut ok

    ReplyDelete
  34. ADA yg pasang camera sulit utk rakamkan adengan ...

    ReplyDelete
  35. Good sharing.klu x,xtau pon ada hotel yg buat mcm ni.huhu..menyeramkan,menggelikan dan menakutkan.hihi..
    *jom sihat dengan vitamin dan produk Shaklee. Maklumat lanjut dan pesanan,sila layari www.facebook.com/shakleeproducts4u..

    ReplyDelete
  36. errrr..... tak pernah tau ....selama ni sume bende tu le awok buat...

    ReplyDelete
  37. Jgn tgal d hotel sebab banyak pkara x bagus seperti dinyatakan diatas

    ReplyDelete
  38. Lgi 10kli...yg ni lgi jjik...jgn buat maksiat...xksah le brape bntang n bulan hotel tu....sbb nnti matahari ada sjenkal di kpalamu

    ReplyDelete
  39. Ada beberapa perkara yang didedahkan dalam ni yang aku setuju dan pernah lalui

    ReplyDelete
  40. Sy penah kje di hotel 5 star jln bkt bintang pd tahun 1992 dulu..
    Tak dinafikan...
    Ada bto ada yg salah..
    Mmg ada staff yg buat shortcut x tkr bedsheet n pillow case.. Tp itu hnya utk inhse guest..
    Klu yg dah check-out ttp tukar..
    Psl gelas tu.. Rata2 staff akan buka air panas utk cuci..
    Biasanya mmg air panas tu akan dibiarkan lalu lama atas gelas tu sb nk kan gelas tu look shining.. Xde chemical2 dah... Nk jimat masa beb..!!
    Face towel or handtowel akn digunakan utk lap gelas tu..
    WC pulak pki damn towel utk lap...
    Begitu jgk furniture dlm room jgk pki damn towel...

    Wlu bgmanapon... Klu nk guna gelas / cawan / kettle dlm room tu- dinasihatkan utk cuci semula... Xyah la susah2 nk bwk cawan sndri dr umh... Blh je klu nk alirkan air panas lama2 ke gelas or cawan tu..
    Kat umh ni pon.. Sy ttp cuci semula gelas/pinggan or sudu ... For so sure sb habuk..

    Tips nk tgk bedsheets n pillowcase dah ditukar or tidak, sng je..
    On kan lmpu terang2 then perhatikan bto2 pillowcase n bedsheets tu ada kesan kedut or x...
    Seregang mana pon bedsheets tu ditarik tp klu guest dah tdo- ttp akan nmpk kesan kedutnya.. (Check lapisan yg bwh sekali.. Bkn lapisan kedua or yg ketiga ye..)
    Klu kedut or sometimes ada rambut means housekeeping x buat kje lah tu..

    ** tips ni bkn utk menakutkan anda.. Tak semua staff tu serong dlm kje.. Ada yg jujur mencari rezeki.. Be positive..!!

    ReplyDelete
  41. Sbb tu sya selalu bawa blanket sendiri buat cadar klu mginap kt mana2 hotel.
    Sbb rasa geli wlpon cadar hotel tu nampak putih bersih.
    Allergic tgk bilik hotel.

    ReplyDelete
  42. Betoi. Kenapa nak bersangka buruk. Kalau macam nie, dah dikira penyakit kejiwaan ODD. Jenuh ler.

    ReplyDelete
  43. Homestay pun sama. Selimut/kain cadar mana ada tukar.

    ReplyDelete
  44. Tidur tepi jalan shj jgn sewa hotel jimat lagi...

    ReplyDelete
  45. Jgn sewa hotel cari tepi jalan shj.
    .

    ReplyDelete
  46. Lagi satu, kalau nak keluar dari bilik ( bukan Check out ) sorokkan berus gigi anda kerana cleaner yg tak bertanggungjawab akan menggunakan berus gigi anda untuk memberus bahagian tandas yg susah dibersihkan dengan berus tandas yang besar. Ini terbukti dengan rakaman video tersembunyi.

    ReplyDelete
  47. Good info..thanks

    ReplyDelete
  48. Aq pnah keja hotel. Betul! Perkara d atas memang betul terjadi. Sebab tulah aq resign.

    ReplyDelete
  49. Pihak manager selalu 'rush' tntang masa mrngemas bilik. Sbab tu sgala2nya d lakukan secara pantas dan x bersih.

    ReplyDelete
  50. Apa susah, jgn tidur hotel, tak da masalah. Tak pun tidur je kat masjid. Dpt juga pahala iktikaf. Lawak2......

    ReplyDelete
  51. Tidur dalam kereta jelah....senang

    ReplyDelete
  52. Tidur dalam kereta je lah....

    ReplyDelete
  53. Tidur dalam kereta jelah....senang

    ReplyDelete
  54. Tidur dalam kereta jelah....senang

    ReplyDelete
  55. Tidur dalam kereta jelah....senang

    ReplyDelete
  56. Saudara,
    Saya penulis artikel ini. Saya ingin berterima kasih kpd saudara kerena sudi share dgn pengunjung blog saudara. Tapi minta dikreditkan kepada sumber asalnya iaitu di http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/30/5-rahsia-di-hotel-anda-patut-tahu/

    ReplyDelete
  57. Bawa bantal ,selimut, guling ,gelas, kain lap, sabun cuci,galon air sendiri dari rumah seblum pergi ke hotel ...bila perlu kasurnya dibawa juga sekalian

    ReplyDelete
  58. info berguna, terima kasih share :)

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"


Search Blog QueAchmad