[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] 5 Rahsia Di Bilik Hotel Yang Kita Tidak Tahu | PERLU DIBERI PERHATIAN !!! | Setiap orang mempunyai pengalaman tersendiri apabila menginap di sesebuah hotel.
Ada yang pernah menginap di hotel 3 bintang, malah 5 bintang pun ada bergantung kepada kemampuan seseorang itu. Di sini kami ingin berkongsi tentang rahsia bilik hotel yang kita sendiri tidak tahu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Namun begitu, jangan percaya 100%, kerana ini adalah sekadar kajian dan tidak semestinya ia berlaku di semua hotel. Kita boleh membuat pilihan sendiri. Jom baca di bawah ini.
Oleh kerana staff pengemas bilik hotel selalunya di beri masa 30
minit atau kurang untuk mengemas satu bilik, kebanyakan peralatan di
hotel tidak sebersih yang anda sangka. Kami bukan mahu menakutkan anda.
Tetapi kami cuma mahu memberitahu. Berikut adalah 5 rahsia di bilik
hotel yang patut anda tahu.
Rahsia 1 : Jangan Guna Gelas Di Bilik
Gelas di bilik anda mungkin berkilat. Tapi ia sebenarnya menjijikkan.
Kebanyakan staff mengemas bilik tidak mencuci gelas itu, tetapi hanya
mengelapnya saja. Dalam satu pendedahan oleh Fox News pada tahun 2007, kamera tersembunyi yang dipasang di hotel mewah bandar itu merakamkan yang gelas di bilik selalunya tidak dibasuh.
Kadang-kadang ia di sembur dengan pencuci tingkap dan dilap dengan
tuala kotor. Ada yang membersihkannya dengan menggunakan sarung tangan
yang sebelum itu digunakan untuk mencuci mangkuk tandas. Pilihan
terbaik? Bawa cawan plastik dari rumah. Jika tidak pun, cuci dulu gelas
dan cawan dengan air panas sebelum menggunakannya.
Rahsia 2 : Jangan Guna Cerek Air di Bilik
Ah! Cerek air di bilik hotel .. siapa yang tidak sukakannya? Memang
best bila boleh membancuh teh dan kopi di bilik yang sejuk. Tetapi
dalam satu pendedahan di dalam majalah Saloon, seorang pengemas bilik
mengakui yang ada satu perkara yang pelik mengenai cerek air. Cerek
sebenarnya kerap dijadikan tempat meletak kond*m terpakai.
Menurutnya, beliau mempunyai satu pen yang digunakan khusus untuk
mengambil kond*m tersebut. Begini rutin pembersihan beliau. Pertama
buang benda tersebut. Kemudian sembur pencuci, bilas dengan air panas
dan ulang jika lekit cecair masih ada.
Tambahnya lagi, beliau terlalu kerap menemui sisa tersebut di dalam
cerek sehingga apabila beliau menjerang air di rumah, beliau kerap
terbayang apa yang terjadi di bilik hotel.
Kesilapan 3 : Pintu Hotel Mudah Dibuka
Tidak kisahlah samada anda bercuti di hotel bajet atau hotel mewah,
bawa sendal pintu anda untuk keselamatan. Setiap kali anda berada di
bilik, letak sendal di pintu. Mengapa?Sebab tak kiralah betapa canggihnya sistem keselamatan pintu anda, ia tidak se-selamat yang anda sangka. Sistem kunci rantai dan sistem kad elektronik mudah dibuka — tidak kiralah samada oleh orang luar ataupun staff hotel sendiri.
Jadi anda perlukan sendal anda. Walaupun murah, sendal pintu adalah
cara paling efektif menghalang orang yang tidak dikenali dari masuk ke
dalam bilik sewaktu anda, pasangan anda dan anak-anak sedang tidur.
Rahsia 4 : Jangan Guna Air Dari Paip Untuk Minum
Jika anda menginap lama di hotel, guna air mineral sebagai air
minuman. Jangan gunakan air paip dari bilik air, terutamanya jika anda
bercuti di kawasan yang mempunyai air tercemar dari sisa najis manusia dan racun serangga seperti di Cameron Highland. Kisah anak-anak cirit birit selepas pulang dari situ adalah perkara biasa.
Kalau itu belum membuatkan anda risau, pernah dengar kisah dua
pelancong Britain di Cecil Hotel, Los Angeles? Tidak tahan dengan rasa
air yang agak pelik mereka melaporkannya kepada pihak hotel. Setelah di
selidiki, staff hotel mendapati bahawa selama ini memang mereka
menggunakan air yang kotor untuk mandi, minum dan menggosok gigi. Kenapa?
Kerana ada mayat seorang wanita Cina telah mereput lebih 2 minggu di dalam tangki air yang digunakan di seluruh hotel.
Rahsia 5 : Jangan Bersandar di Tingkap Bilik
Ya. Bersandarlah di tingkap bilik, jika anda ingin mati muda. Tingkap
di bilik hotel selalunya tidak diperiksa dengan kerap, walaupun di
bilik-bilik hotel mewah di dalam bangunan tinggi seperti di Kuala
Lumpur. Setiap bulan, ada saja berita dari seluruh dunia mengenai
kanak-kanak dan juga orang dewasa yang jatuh disebabkan mereka bersandar
di tingkap hotel. Tidak kiralah samada hotel tersebut hotel murah atau hotel mewah, kedua-duanya tidak selamat. Tak percaya? Lihat apa yang anda jumpa bila anda google hotel window fall.
wahhh. menyearam kan. thanks sharing =)
ReplyDeleteit is frigthening
Deleteadoiii seram rasanye nk gunakan dlm bilik hotel lg...
ReplyDeleteAda lagi yg tak diceritakan di sini yg lebih menyeramkan.. kebanyakan hotel mewah memang dah dipasang Kamera tersembunyi utk merakamkan bukti2 jika ada berlaku apa2 yg mengancam keselamatan negara. Selalunya ia tersembunyi di Cermin bilik. Buktinya pernah dengar ramai ahli politik & para pembesar negara didedahkan dgn pasangan wanita mereka di bilik hotel?
ReplyDeleteYer,betul tu tapi kalau nak periksa benda tu ada atau tidak macam mana
DeleteNice info memang menjadi pengajaran buat kita ....
ReplyDeleteNice info memang menjadi pengajaran buat kita ....
ReplyDeleteElakkan guna towel hotel sebab towel yg sama digunakan utk lap lantai toilet, toilet bowl, sinki. Member yg pernah bekerja di hotel sendiri yg bgtau.
ReplyDeleteBetol...saya pernah tgk sendiri cleaber lap lantai tandas dengan tuala...sgt terkejut masa tu...baik pilih homestay la kot ye..mmg mengerikan..huhh
DeleteYes,yang ni memang betul,tak di nafikan,better pergi hotel mana mana bawa tuala sendiri..sebab saya dulu kerja hotel jugak,walaupun management ajar staff housekeeping guna towel yg dh rosak(ada kuota utk itu)tapi diaorg yg nak cepat ni sauk yg mana ada je...pastu kena perhati kan cadar betul bbetul,sbb kalau nasib tak baik memang la depa tak tukar cadar..tapi bukan semua staff mcm tu,ada staff yg pentingkan kebersihan,biar lambat asalkan bersih,cuma segelintir j la
DeleteSy sendiri pnh terkena time attend kursus kat resort PD..cadar ade kesan tapak kasut then spjg kursus selame 10hri 2, naik ruam2 n bengkak seluruh bdn..keluar msk sy kat emergency hospital utk dptkan suntikan surut ruam, bibir dh kalah Angelina Jolie
Deleteyup jgn guna towel hotel sbb mmg diorng gunakn utk lap lantai, toilet bowl.time 2 my sis aftr chck out naik blk hotel sbb trtingal barang skali die tngok cleaner 2 relax je ltak towel2 kt lantai toilet sambil lap toilt bowl.trus lpas 2 reject nk pkai towel hotel..
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeletewah ! baru tahu..good sharing..lebih berhati-hati lepas ni ;)
ReplyDeleteSy penah keje part time di hotel. Itulah hakikatnya..selalu bawak towel sendiri..
ReplyDeletedan2 baca ni tengah outstation dkt singapore...
ReplyDeleteni kes dkt malaysia ke most of the hotels around the world?
terbayang bilik hotel dah...
apape pun thanks for sharing...
tambah lagi satu, towel di bilik hotel juga menjijikkan..mereka lap lantai, peralatan dan mangkuk tandas dgn towel hotel tu jugak..yuuhuuu
ReplyDeleteblanket pn tak dicuci sesetengah hotel.. hati2 lah :)
ReplyDeletegood sharing.. tak kira hotel mahal or murah.. memang kena hati2 bab ni..
ReplyDeletesy pernah keje hotel 5 thn.hotel mmg gitu towel buat lap toilet n lantai sbb nk bg kering.cadar pun xtkar sbb xckup nk rooling..hati2 cadar blh bawah slu xtkr..silap2 jmpe darah dan kondom.
ReplyDeleteSeyes ke blanket n towel tak dicuci?adoi
ReplyDeleteblanket xcuci..hanye cadar je di cuci.tp xtkr xgune gak.pkai bks cadar org lain yg gne dlu n mcm2 bau..eee..towel tukar n cuci tp cme buat lap toilet n lantai tu yg x elok
ReplyDeletememang la towel tu digunakan untuk lap toilet bowl jugak...tapi pastu die cuci...apeda...
ReplyDeletetowel or blanket kalau gantung (tak letak atas lantai or dalam tub) memang tak basuh..
Salam...Thanx for sharing. Sharing is caring right. However x semua hotel mcm tu. Sesetengah hotel mereka sediakan kain2 utk mencuci, mengelap dan sebagainya. Tetapi jika staff menggunakan towel yg kotor utk mengelap lantai, sudah pasti towel & linen tersebut akan dihantar ke laundry utk proses pencucian. Mereka memakai chemical yg khusus utk buang2 kuman. Bukan kesemua hotel yg mempunyai reputasi yg buruk sebegini. Segelintirnya sahaja. Tiada apa yg perlu ditakuti jika kita menghuni hotel. Bagi saya sama sahaja. Cuba fikirkan dari segi positif. Lagi satu contoh, jika situasinya di rumah kita. Segelintirnya pun masih ada yg menggunakan towel utk mengelap lantai. Then, kita pasti akan cuci balik. So, kesimpulannya bukan semua hotel mempunyai reputasi yg buruk. Segelintirnya sahaja...Just for sharing with you guys.
ReplyDeletePearl international hotel in Malaysia sgt x cuci their blanket! Euw. Geliiii. Blik dr situ, terus byk kesan bed bugs di belakang smpai kena pgi clinic . :(
ReplyDeletePearl international hotel x cuci their blanket n bedsheets... tilam lama, n sgt kotor. Dh tukar 2 kali still kena gigit dgn bed bugs.. blik dr situ kena pgi clinic sbb teruk sgt. :(
ReplyDeleteTowel dicuci..cuma sblum tu digunakn sbg penyerap air yg baik utk lantai blk air.gelas dinasihatkn cuci bersih2 dgn air panas sblm guna.lantai blk biasanya krg bersih, walaupun berkarpet, sbb biasa org pkai kasut dlm blk. bab cerek air tu xtau la plak, maybe di msia bkn satu kebiasaan.
ReplyDeleteKita sewa homestay saja lah...lebih selesa dan selamat...
ReplyDeleteBukan semua hotel begitu...tapi ada manusia yg tidak jujur dlm melakukan tugas..so ambil jln mudah dan senang.sebenarnya masih ramai yg baik dan melaksanKan tanggung jawab dengan baik..
ReplyDeleteKene hati2 lah lpas ni....huhu
ReplyDeleteNape selalu bersangka buruk...
ReplyDeleteKann?!?
DeleteBetoi. Kenapa nak sangka buruk. Kalau nak kira semua tu, jenuh lar. For me, tak nampak, tak ape....
Deleteok..lepas nie kena hati2...
ReplyDeleteEee..menjijikan thanks for sharing
ReplyDeleteSokong comment2 yang positive..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga! ;)
ReplyDeleteSokong comment2 yang positive..kerana nila setitik,rosak susu sebelanga! ;)
ReplyDeleteHotel x salah yg salah orgnya.ada sop setiap task.but its good for sharing.x semua jujur dan amanah.termasuk lah den.baik ngata diri dr ngata org.
ReplyDeletethanks..info yg sgt berguna. Apa2pun pilihan di tangan masing2 utk memilih kan :)
ReplyDeletethanks..info yg sgt berguna. Apa2pun pilihan di tangan masing2 utk memilih kan :)
ReplyDeletebetul.. satu info yg berguna. kita tak bersangka buruk cuma berhati hati jer. untuk keselamatan kita juga. yg susah nanti bukan nya kau tapi mereka dan keluarga mereka sendiri. kau hanya oandai komen bodoh saja. jgn buta perut ok
ReplyDeleteADA yg pasang camera sulit utk rakamkan adengan ...
ReplyDeletemenjijikkan.
ReplyDeleteGood sharing.klu x,xtau pon ada hotel yg buat mcm ni.huhu..menyeramkan,menggelikan dan menakutkan.hihi..
ReplyDelete*jom sihat dengan vitamin dan produk Shaklee. Maklumat lanjut dan pesanan,sila layari www.facebook.com/shakleeproducts4u..
errrr..... tak pernah tau ....selama ni sume bende tu le awok buat...
ReplyDeleteJgn tgal d hotel sebab banyak pkara x bagus seperti dinyatakan diatas
ReplyDeleteLgi 10kli...yg ni lgi jjik...jgn buat maksiat...xksah le brape bntang n bulan hotel tu....sbb nnti matahari ada sjenkal di kpalamu
ReplyDeleteAda beberapa perkara yang didedahkan dalam ni yang aku setuju dan pernah lalui
ReplyDeleteSy penah kje di hotel 5 star jln bkt bintang pd tahun 1992 dulu..
ReplyDeleteTak dinafikan...
Ada bto ada yg salah..
Mmg ada staff yg buat shortcut x tkr bedsheet n pillow case.. Tp itu hnya utk inhse guest..
Klu yg dah check-out ttp tukar..
Psl gelas tu.. Rata2 staff akan buka air panas utk cuci..
Biasanya mmg air panas tu akan dibiarkan lalu lama atas gelas tu sb nk kan gelas tu look shining.. Xde chemical2 dah... Nk jimat masa beb..!!
Face towel or handtowel akn digunakan utk lap gelas tu..
WC pulak pki damn towel utk lap...
Begitu jgk furniture dlm room jgk pki damn towel...
Wlu bgmanapon... Klu nk guna gelas / cawan / kettle dlm room tu- dinasihatkan utk cuci semula... Xyah la susah2 nk bwk cawan sndri dr umh... Blh je klu nk alirkan air panas lama2 ke gelas or cawan tu..
Kat umh ni pon.. Sy ttp cuci semula gelas/pinggan or sudu ... For so sure sb habuk..
Tips nk tgk bedsheets n pillowcase dah ditukar or tidak, sng je..
On kan lmpu terang2 then perhatikan bto2 pillowcase n bedsheets tu ada kesan kedut or x...
Seregang mana pon bedsheets tu ditarik tp klu guest dah tdo- ttp akan nmpk kesan kedutnya.. (Check lapisan yg bwh sekali.. Bkn lapisan kedua or yg ketiga ye..)
Klu kedut or sometimes ada rambut means housekeeping x buat kje lah tu..
** tips ni bkn utk menakutkan anda.. Tak semua staff tu serong dlm kje.. Ada yg jujur mencari rezeki.. Be positive..!!
Sbb tu sya selalu bawa blanket sendiri buat cadar klu mginap kt mana2 hotel.
ReplyDeleteSbb rasa geli wlpon cadar hotel tu nampak putih bersih.
Allergic tgk bilik hotel.
Betoi. Kenapa nak bersangka buruk. Kalau macam nie, dah dikira penyakit kejiwaan ODD. Jenuh ler.
ReplyDeleteHomestay pun sama. Selimut/kain cadar mana ada tukar.
ReplyDeleteTidur tepi jalan shj jgn sewa hotel jimat lagi...
ReplyDeleteJgn sewa hotel cari tepi jalan shj.
ReplyDelete.
Lagi satu, kalau nak keluar dari bilik ( bukan Check out ) sorokkan berus gigi anda kerana cleaner yg tak bertanggungjawab akan menggunakan berus gigi anda untuk memberus bahagian tandas yg susah dibersihkan dengan berus tandas yang besar. Ini terbukti dengan rakaman video tersembunyi.
ReplyDeleteGood info..thanks
ReplyDeleteAq pnah keja hotel. Betul! Perkara d atas memang betul terjadi. Sebab tulah aq resign.
ReplyDeletePihak manager selalu 'rush' tntang masa mrngemas bilik. Sbab tu sgala2nya d lakukan secara pantas dan x bersih.
ReplyDeleteApa susah, jgn tidur hotel, tak da masalah. Tak pun tidur je kat masjid. Dpt juga pahala iktikaf. Lawak2......
ReplyDeleteTidur dalam kereta jelah....senang
ReplyDeleteTidur dalam kereta je lah....
ReplyDeleteTidur dalam kereta jelah....senang
ReplyDeleteTidur dalam kereta jelah....senang
ReplyDeleteTidur dalam kereta jelah....senang
ReplyDeleteSaudara,
ReplyDeleteSaya penulis artikel ini. Saya ingin berterima kasih kpd saudara kerena sudi share dgn pengunjung blog saudara. Tapi minta dikreditkan kepada sumber asalnya iaitu di http://www.jomjalan.com.my/blog/2013/04/30/5-rahsia-di-hotel-anda-patut-tahu/
Bawa bantal ,selimut, guling ,gelas, kain lap, sabun cuci,galon air sendiri dari rumah seblum pergi ke hotel ...bila perlu kasurnya dibawa juga sekalian
ReplyDeleteinfo berguna, terima kasih share :)
ReplyDelete