[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Kepantasan Malaikat Jibrail Terbang Berdasarkan Teori Fizik Moden | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Ahli Fizik dari Mesir bernama DR. Mansour Hassab El Naby mengemukakan
teori berdasarkan petunjuk Al Qur’an (Surah As Sajdah:5) kelajuan
cahaya dapat dihitung dengan tepat sama dengan hasil pengukuran secara
ilmu fizik modern (A New Astronomical Quranic Method for The
Determination of The Greatest Speed)
gambar hiasan |
Ilustrasi I. Berdasarkan QS As Sajdah ayat 5:
Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu
naik kepadaNya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun
menurut perhitunganmu
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Secara jelas ayat tersebut memakai perbandingan bahawa satu hari
sama dengan 1000 tahun, dihitung dengan cermat ternyata sama
dengan kepantasan cahaya. Pertanyaannya kemudian, petunjuk ayat ini
apakah sebagai penjelas atas petunjuk ayat dalam Al Qur’an yang lain?
Apakah kepantasan cahaya merupakan yang paling cepat di alam semesta
ini seperti tanggapan manusia sekarang berdasarkan ilmu fizik modern?
Dari beberapa ayat di dalam Al Qur’an disebutkan bahawa malaikat
mempunyai kepantasan terbang yang sangat cepat.
Seperti dalam Surah An Naazi´aat ayat 3-4
1. Demi malaikat-malaikat yang diutus untuk membawa kebaikan
2. Dan (malaikat-malaikat) yang terbang dengan kencangnya [1537]
3. Dan (malaikat-malaikat) yang turun dari langit dengan cepat. Dan (malaikat-malaikat) yang mendahului dengan kencang
Juga pada Surah Al Mursalat ayat 1-2 dijelaskan bahawa malaikat terbang dengan kencang atau cepat:
Bagaimana malaikat terbang? Malaikat dapat terbang kerana memiliki sayap, ada yang mempunyai 2, 3 atau 4 sayap.
Disebutkan pada Surah Faathir ayat 1 :
Segala puji bagi Allah Pencipta langit dan bumi, Yang
menjadikan malaikat sebagai utusan-utusan (untuk mengurus berbagai macam
urusan) yang mempunyai sayap, masing-masing (ada yang) dua, tiga dan
empat. Allah menambahkan pada ciptaan-Nya apa yang
dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Dari penjelasan tersebut dapat lebih jelas bahawa yang mampu
terbang dengan kepantasan tinggi adalah malaikat. Seberapa cepat
terbangnya?
Petunjuk dalam ayat tersebut sangat jelas bahawa
perbandingan kepantasan terbang malaikat adalah dalam sehari kadarnya
50,000 tahun. Berdasarkan kaedah penghitungan yang dilakukan DR. Mansour
Hassab El Naby seperti dalam tulisannya bahawa untuk satu hari yang
berkadar 1000 tahun sama dengan kepantasan cahaya (299,792.4989
km/saat).
Berdasar rumus-rumus dan cara yang sama untuk perbandingan sehari
sama dengan 50000 tahun dapat diperoleh hasil perhitungan sama dengan 50
kali kelajuan cahaya (14,989,624.9442 km/saat).
Kesimpulannya adalah berdasarkan informasi dari Al Qur’an dapat
dihitung kecepatan terbang malaikat dan Jibril yaitu 50 kali kelajuan
cahaya!
Ilustrasi 2
Sampai saat ini pengetahuan manusia belum menemukan sesuatu pun
yang mempunyai kelajuan melebihi kepantasan cahaya. Berdasarkan petunjuk
Al Qur’an sangat jelas disebutkan bahawa malaikat dan Jibril
mempunyai kemampuan terbang 50 kali kelajuan cahaya. Hal tersebut bisa
dimaklumi kerana penciptaan malaikat berasal dari unsur cahaya (nuur).
Suatu saat diharapkan ilmuwan muslim dapat meneliti petunjuk tersebut
dan menjadi penemu yang selangkah lebih maju kerana berdasarkan Al
Qur’an, kitab suci yang merupakan satu-satunya kitab yang tepat, berisi
kepastian kerana merupakan Firman Allah SWT.
Tentu sekali malaikat lebih cepat dari cahaya.
ReplyDeletemalaikat diciptakan dari Nur,jisim yang lebih halus dari cahaya.
Teringat kisah seorang nabi Allah bertanya kepada jibrail apakah tugas yang paling susah sekali yang pernah dilakukan olehnya.
jibrail berkata tugas yang paling mendebarkan dia ialah ketika diperintahkan untuk menukarkan nabi ismail dengan kibas dari syurga.ketika itu mata pisau hampir2 terkena kulit nabi Ismail.Jibrail takut jika dia tidak sempat menyelamatkan nabi Ismail :)
Itulah dia kepantasan Jibrail