[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Kutub Menyongsang Pada 2015 | Tanda Awal Kiamat? | KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena
pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal
kiamat.
Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat
perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti
Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak
dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40
darjah.
Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu
pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari
pada 2013.
Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.
Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan
berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul ’2012′.
Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil
didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada
sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada
di Antartika.
Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai
turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang
atau malam lebih panjang.
Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan
bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung
berapi.
Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan
migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan
iklim di sesuatu kawasan.
Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada
fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga
tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.
Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi
kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global
dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.
Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan
magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan
pergerakan kutub yang semakin laju.
Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi
seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?
Kiamat menurut Islam
Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:
Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:
1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.
2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.
3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.
4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.
5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)
Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan
bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia
di akhir zaman?
Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari
kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi,
masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak
huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara
kamu.’
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)
Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan
Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.
ALLAH SWT berfirman :
Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?”
Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada
sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu
kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi
makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang
kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu
seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah:
“Sesungguhnya
pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)
Dan juga pada ayat:
Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah:
“Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi
ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu
sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"