[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Misteri Lukisan Bergaris Di Gurun Nazca, Peru | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU
1/28/2014 05:00:00 pm
[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Misteri Lukisan Bergaris Di Gurun Nazca, Peru | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Tiada siapa menyangka ada satu misteri objek aneh terpampang di
dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru.
Pada tahun 1920
sebuah pesawat komersial telah melintasi gurun berkenaan, juruterbang
dan penumpang tergamam dan berasa hairan melihat pelbagai objek garisan
lukisan aneh tertera di permukaan gurun itu.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Pelbagai lukisan bersaiz besar dalam pelbagai bentuk yang dilukis di
atas tanah gurun. Lukisan tersebut mencapai ratusan meter panjang dan
tidak mungkin disedari sesiapa meskipun seseorang itu berjalan di
atasnya. Bentuknya hanya jelas kelihatan daripada udara.
Teori Mengenai Lukisan Nazca
Pelbagai persoalan mula timbul tentang misteri lukisan tersebut.
Seorang doktor tempatan Toribio Mejia Xespe, dipercayai antara ahli
sains pertama yang mengkaji lukisan Nazca iaitu pada 1927 dan selepas
itu ramai penyelidik dan ahli arkeologi mula memenuhi Gurun Nazca.
Kajian mendapati lebih kurang 300 lukisan yang dihasilkan malah ia
meliputi kawasan yang amat luas iaitu sejauh lebih 57 kilometer dan
terdapat di antara Pergunungan Andes dan Pantai Peru. Antara objek yang
tertera di permukaan gurun itu adalah monyet, burung, pokok, geometri
dan jasad makhluk aneh.
Berdasarkan penemuan artifak arkeologi sekitar kawasan itu,
penyelidik mendapati ada kaum tertentu menetap di situ kira-kira 1,300
tahun tetapi tidak dapat dipastikan sama ada kaum terbabit yang
menghasilkan lukisan tersebut.
Proses membuat lukisan tersebut adalah dengan menoreh permukaan tanah
batuan keras berwarna gelap di gurun sehingga tanah itu berwarna lebih
terang dan membentuk objek. Pelbagai teori diberi oleh penyelidik
tentang lukisan tersebut antaranya adalah lukisan itu dibina oleh
makhluk asing sebagai tapak pendaratan UFO pada zaman purba.
Selain itu ada juga pendapat mengatakan ia dibina sebagai upacara
ritual keagamaan penduduk purba dalam menyembah ‘dewa’. Oleh itu
terdapat lukisan berbentuk makhluk aneh menyerupai manusia. Pihak lain
mengatakan ‘dewa’ yang disembah penduduk purba berkenaan sebenarnya
adalah makhluk asing.
Lukisan itu juga dikaitkan dengan misteri pembinaan piramid dan
stonehenge di mana tiga kawasan itu dikatakan menyimpan ‘kuasa’ tinggi
di dunia ini serta kerap berlakunya fenomena ‘fata morgana’.
Ahli arkeologi dan matematik Jerman, Maria Reiche percaya garisan
pada lukisan mewakili arah pergerakan bintang dan planet tertentu
manakala gambar labah-labah dan monyet menunjukkan kumpulan bintang
Orion dan Ursa Mayor.
Penyelidik lain, Prof Helaine Siverman mengatakan objek yang dilukis
mewakili tanda puak bagi pelbagai puak pribumi yang wujud di kawasan
itu, suatu ketika dulu. Lukisan juga berkemungkinan digunakan sebagai
peta untuk penduduk bergerak termasuk ke kawasan yang memiliki air di
gurun itu. Sehingga kini asal-usul tentang lukisan tersebut masih kekal
menjadi misteri.
0 comments
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"