[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] SEBAB Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun | [VIDEO EKSKLUSIF] KISAH NYATA KISAH BENAR
1/21/2014 08:00:00 pm
[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] SEBAB Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun | [VIDEO EKSKLUSIF] KISAH NYATA KISAH BENAR | Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti,
mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat
terkenal pada tahun 1976.
Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati
tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut
baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis
yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.
Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para
pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang
sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di
Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan
am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang
gastroentorologi.
Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat
Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar
Sadat.
Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun,
mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik
penyebab kematian raja Mesir kuno itu.
Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.
Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih
melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun
itu mati akibat tenggelam di dalam laut.
Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.
Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.
Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding
jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?
Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai
penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan
kaedah pengawetannya.
Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah
Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La
Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan
tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam
Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada
Academie Nationale De Medicine, Perancis.
KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.
Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.
“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara
mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara
sehingga hari ini!”
Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.
Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat
diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan
makmal canggih yang mutakhir dan tepat.
Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila
diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam
telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya
diselamatkan.
Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat
diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun
1898.
Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.
Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di
hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat
membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak
ribuan tahun lalu.
“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap
Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah
ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum
al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.
Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya
membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi
Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.
Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang
diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti
sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta
(chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa
ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel
dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut
itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)
Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung
mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas
tenggelam itu.
Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.
Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.
Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam
mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel
meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di
belakang mereka.
Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran
berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu
dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan
sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.”
(Yunus: 92)
Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh.
Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima
akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk
maju meneroka lebih jauh lagi.
Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak
dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata:
“Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”
Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi
beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi
al-Quran.
Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan
seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai
bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The
Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr.
Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari
dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.
“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini
kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik
tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.
“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai
fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya.
Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
1 comments
Terima kasih berkongsi info yang berguna. Biarpun sudah lama ketahui tetaoi tidak jemu membaca kerana keikhlasan manusia yg menghayati isi kandungan quran
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"