[TERGEMPAR] 3 ‘Mobile App’ Yang Menjadi Perosak | Dan Punca Perceraian Di Malaysia
1/28/2014 09:00:00 am
[TERGEMPAR] 3 ‘Mobile App’ Yang Menjadi Perosak | Dan Punca Perceraian Di Malaysia | Dengan telefon iPhone, Blackberry & Android yang semakin murah,
dirancakkan lagi dengan ‘data-plan’ yang mampu milik dari Maxis, Celcom,
DiGi dan U-Mobile, semakin ramai pasangan suami isteri yang terlibat
dalam kancah skandal.
Apa yang lebih memalukan, ia membawa kepada kadar
perceraian yang semakin tinggi di Malaysia.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Hanya klik ‘download’ dari
Google Play, Blackberry App World atau App Store, semuanya dihujung
jari. Samada mahu atau tidak sahaja untuk berlaku curang di belakang
pasangan masing-masing.
Mari kita lihat, apakah aplikasi chat yang selalu membuat samada
suami atau isteri rasa ‘terbuai-buai’ bila mula berbicara dengan insan
lain, yang bukan pasangan sendiri.
‘Mobile App’ WeChat yang sangat berbahaya
1. WeChat
Tidak perlu diperkatakan lagi kepopularan WeChat dalam berskandal.
Lihat sahaja entri di blog ini, kebanyakan wanita meluahkan perasaan
mereka tentang suami yang menghubungi perempuan lain melalui WeChat.
Malahan, ada juga isteri yang mula melayan lelaki lain. Fungsi-fungsi
yang boleh membawa kepada kemudaratan ialah “Look Around”, dimana
seseorang boleh mencari sesiapa sahaja pengguna WeChat yang berdekatan.
Andaikan bila seseorang suami atau isteri itu berseorangan, “Look
Around” di WeChat membolehkan mereka berjumpa orang lain yang mungkin
hanya berada di meja sebelah. Hebat bukan teknologi zaman sekarang?
Hebat dalalam merosakkan dan meruntuhkan rumahtangga jika tidak
digunakan dengan betul.
Fungsi “Shake” juga dapat mempertemukan seseorang lain yang
‘menggoncang’ telefon bimbit mereka. Ini bermakna, orang yang “Shake”
telefon bimbit ialah orang yang kebosanan. Oleh itu, orang bosan bila
bertemu orang bosan yang satu lagi, macam-macam boleh terjadi.
WhatsApp menjadi penjalin hubungan lelaki dan perempuan
2. WhatsApp
Pada awalnya, Whatsapp dikatakan jadi penghubung antara teman-teman
lama. Fungsi “Group Chat” ini akan mengumpulkan kawan-kawan dalam satu
kumpulan yang sama, maksimum 50 orang. Ramai yang mengambil kesempatan
untuk menambah kenalan semasa di sekolah atau universiti. Maka, dari
sinilah bermula permasalahan sebenar.
Andaikan kita meminati seseorang itu dari sekolah, tetapi tidak
pernah meluahkannya, maka WhatsApp menjadi jambatan perhubungan mereka
berdua. Susah untuk mengatakan samada ia benar-benar berlaku secara
‘perhubungan fizikal’ atau ‘perhubungan maya’ semata-mata.
Line tidak sepopular WeChat dan WhatsApp
3. Line
Mungkin tidak sepopular WeChat dan WhatsApp, namun Line semakin
mengambil tempat di hati pengguna di Malaysia. Berasal dari Jepun,
semakin hari semakin ramai menggunakan Line sebagai alternatif.
Fungsi terbaik Line ialah kecomelan ‘emoticon’ yang sedia ada. Jika
seorang suami yang tampak garang, menghantar satu ‘emoticon’ senyum pada
seorang pelajar universiti, pasti pelajar wanita itu cair. Terlalu
‘cute’ dan comel untuk diabaikan.
Perbezaan
Kesemua ‘mobile app’ yang berasaskan ‘chat’ ini adalah sama. Aplikasi
ini tidak salah. Orang yang tidak tahu menggunakannya secara beretika
itu yang salah.
Kami tidak mahu dituduh mana-mana pihak yang mungkin mengatakan
sengaja mahu jadi batu-api dalam perkara sebegini. Kami berharap anda
semua dapat ambil iktibar. Mulakan ‘audit’ telefon bimbit pasangan
masing-masing jika perlu.
Elakkan perceraian. Sayangi keluarga dan anak-anak.
2 comments
pernah terdengar di Hot FM dulu seorang lelaki bercerai dengan isterinya gara2 WeChat...
ReplyDeleteBodoh
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"