[TERGEMPAR] Inilah NEGARA PERTAMA Di Dunia Haramkan Islam | [4 GAMBAR] Masjid-Masjid Mula Runtuhkan
1/15/2014 07:17:00 am
[TERGEMPAR] Inilah NEGARA PERTAMA Di Dunia Haramkan Islam | [4 GAMBAR] Masjid-Masjid Mula Runtuhkan | Kali ini pula masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan
apabila negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang
memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim
di negara tersebut.
Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah
menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.
baca lagi & lagi gambar klik TAJUK ENTRI ni
Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.
Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata ,
tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’
dengan budaya penduduk di negara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.
DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam
sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup
masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan
mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi
manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib
Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh
mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan
masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.
“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.
“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti
Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna
ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.
Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual
pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan
wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak
berasas.
Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.
Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat
hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu
terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.
Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil
iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk
memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.
“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada.
Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan
pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.
6 comments
isk isk isk..
ReplyDeletekenapa masih ada lagi negara bergini,
tunggu dan lihat apa jadi nanti.
sedihnya islam dihina sebegini rupa..
ReplyDeletedoaku semoga umat islam disana selamat dan Allah turunkan bala keatas pemimpin yang zalim itu
ReplyDeleteJuz wait n c
ReplyDeleteJuz wait n c
ReplyDeleteJuz wait n c
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"