[TERGEMPAR] Langsuir Ganggu Penduduk Beberapa Kampung Di Jerteh, Terengganu | KISAH SERAM DI TERENGGANU | PASIR PUTEH – Cerita langsuir mengganggu penduduk
yang sebelum ini hanya diketahui penduduk di beberapa kampung di sini
dan Jerteh, Terengganu akhir-akhir ini menjadi perbualan hangat apabila
isu itu tersebar melalui laman sosial.
Cerita itu menarik perhatian penduduk dari luar kawasan yang memasuki
kampung terlibat seperti Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung
Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh)
secara berkumpulan.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tinjauan wartawan mendapati ada penduduk mengakui terserempak dengan
lembaga berambut panjang yang berterbangan sambil mengilai dengan suara
mengerikan tapi ada sesetengah penduduk menafikannya.
Rujuk mereka yang layak
Pegawai Agama Jajahan, Ahmad Talhah Ab Rahman berkata, beliau tidak
jelas mengenai perkara itu kerana hanya mengetahui cerita mengenai
langsuir itu melalui Facebook.
“Susah nak cakap sebenarnya. Tak nak percaya tak boleh juga kerana
kita kena ingat Islam juga mengajar umatnya mempercayai perkara ghaib
seperti wujudnya jin dan syaitan.
“Cuma jangan kita panik dan terlalu takut kerana ia boleh menjejaskan
iman. Kena sama-sama jaga akidah dengan sentiasa merujuk kepada pakar
atau orang yang layak membicarakannya,” katanya.
Beliau tidak menafikan ada mendengar cerita mengenai bomoh yang
berjaya ‘menangkap hantu’ namun katanya, perlu berhati-hati kerana jin
juga mungkin menipu dengan berpura- pura terperangkap.
Ahmad Talhah berkata, sekali pun langsuir didakwa penduduk itu betul,
makhluk itu tidak memudaratkan kerana ia mungkin jin yang mahu
mengganggu manusia.
Suara mengerikan
Penduduk Kampung Penaga Putar, Tuan Muda Tuan Mat, 48, berkata, dia
melihat kelibat lembaga yang berterbangan sambil mengilai panjang ketika
pulang ke rumah dengan menunggang motosikal jam 12 tengah malam, minggu
lalu.
Katanya, walaupun tidak nampak dengan jelas ketika dia memberhentikan
motosikal, suara lembaga itu menyebabkan bulu romanya meremang dan
memaksanya bergegas pulang.
Perasaan takut datang lagi ketika saya tersedar dari tidur pada malam
itu. Sebelum ini saya ada dengar orang kampung cerita pasal langsuir
tetapi saya tidak percaya sehinggalah saya berdepan dengannya.
“Saya pernah beberapa kali terserempak dengan hantu. Suara langsuir menyeramkan tapi saya tak endahkan,’ katanya.
Sudah dipasung
Seorang bomoh dari Kampung Gong Manak, Ramli Yusof, 41, ketika
ditemui mendakwa telah menangkap kesemua empat langsuir yang mengganggu
penduduk iaitu dua di Gong Pasir, satu di Gong Tinggi dan satu di Gong
Lapang.
Katanya, lembaga dengan ketinggian paras pinggangnya itu ditangkap
dengan bantuan seorang rakan tidak sampai 10 minit dengan menggunakan
ayat al-Quran.
“Saya ‘memasungkannya’ di satu tempat khusus dan akan ‘menghantarnya
balik ke tempat asal’ selepas 40 hari ditangkap. Saya tidak tahu dari
mana ia datang kerana inilah kali pertama saya menangkap langsuir.
“Sebelum menangkap, saya membaca jampi di rumah dan ketika itu,
penduduk memberitahu terdengar langsuir berteriak seperti kesakitan,
bukan lagi mengilai,” katanya yang terlibat dengan aktiviti seperti itu
sejak empat tahun lalu.
seram jugak .... hihihi
ReplyDeleteRecent Post from MQ~Live : Romantiknya Monyet tu Naik Moto.
pelik jugak, bila pergi tak pula jumpa langsuir nie, dia suka ganggu "orang-orang tertentu" je, (orang bertuah)
ReplyDelete