Tidur Dengan Mayat Suami Yang Hampir Reput | PERBUATAN TERLAMPAU | Seorang wanita rela tidur bersebelahan mayat suaminya selama hampir
setahun kerana mendakwa terlalu sedih dan hilang semangat untuk
meneruskan hidup.
Mayat Marcel H, 79, dibiarkan terbaring di apartmen
pasangan itu di Brussel, manakala isterinya yang berusia 69 tahun setia
menunggu tanpa mempedulikan bau busuk dan keadaan mayat yang mereput.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Marcel dikatakan mati akibat serangan penyakit lelah pada November
tahun lalu, tetapi kematiannya tidak dilaporkan. Disebabkan jiran
tetangga tidak pernah mengadu mengenai sesuatu yang luarbiasa, mayat itu
hanya ditemui selepas pemilik kediaman berkenaan menyedari pasangan
terbabit tidak membayar sewa sejak tahun lalu.
Dia kemudian membuat laporan kepada pihak berkuasa. Apabila anggota
polis memasuki apartmen berkenaan, mereka terkejut kerana menemui mayat
lelaki warga tua itu di atas katil.
Ahli patalogi di Pusat Forensik Liege, Philippe Boxho berkata, mayat
manusia boleh terawet dalam persekitaran kering dan hangat. “Ia
mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk mayat itu terawet.
“Walaupun bau mayat yang mula reput agak busuk, kebanyakan orang
menganggapnya sama seperti bau sampah dan apabila mayat semakin reput,
bau busuk kian berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan.
bluwerkk... sanggup dia duduk dgn bau yg busuk... sayang punya pasal...mcm2 dunia sekarang
ReplyDelete