Monday, 27 January 2014

[WAJIB BACA] Persediaan Seorang Bapa Menimang Cahaya Mata

[WAJIB BACA] Persediaan Seorang Bapa | Menimang Cahaya Mata | Bagi diri Abe sendiri keinginan diri dan naluri untuk menimang cahayamata yg amat wajib ada dlm diri sendiri kerana ianya menjadi pemangkin utk Abe lebih bersedia dari segi mental, fizikal dan juga kewangan.


Malahan, Abe menjadi begitu teruja dan tidak sabar menanti kelahiran cahayamata pertama buat Abe dan isteri tercinta..
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Persediaan seorang bapa untuk menimang cahaya mata:-

1. Fizikal
- Mantapkan iman supaya akidah mantap. Sebagai seorang lelaki, anda merupakan imam kepada ahli rumah anda. Pimpinlah setiap isi rumah itu ke jalan yang diredhaiNya.
- Siapkan diri dengan membaca cara-cara mendidik anak mengikut Islam.
- Jaga kesihatan diri, banyakkan bersabar, beristighfar.
- Tanggungjawab makin besar. Banyakkan ilmu di dada, praktikkan ilmu yang di pelajari ke jalanNya.

2. Mental
- Kena kuat mental ni. Masa zuriat lahir rehat memang kurang. Sama-sama (suami & isteri) kena jaga anak terutama di waktu malam hari. jangan biarkan isteri saja yang menjaga anak.
- Bila isteri terlalu letih, faham situasi dan keadaan si isteri. Bagi semangat pada isteri selalu supaya tak cepat marah sebab tak cukup tidur dan rehat.

3. Kewangan
- Buat perancangan bersama dengan isteri anda. Beli barang-barang yang perlu sahaja. Mintak rujukan dari ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai pengalaman.
- Kena beringat dan berjimat dalam berbelanja. Kalau dulu anda tanggung bini sahaja, sekarang dah bertambah tanggungan. Berjimat cermatlah dalam berbelanja. Contoh kalau anda seorang perokok, tak payah hisap rokok lagi sebab rokok mahal.



1 comment:

  1. sememangnya betul, bukan ibu saja yang kena bersedia, kaum bapa pun kena bersedia juga...

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"