[EKSKLUSIF] 5 Jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan | TIPS CINTA | Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh diedar di Forum Tentang Cinta.
1 – Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau
tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupun
anda sudah mengenalinya sudah bertahun2.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ini bermakna bahawa anda bakan
orang yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus
hidupnya.
2 – Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu.
Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia
sangat memerlukan anda. Tetapi, bila anda memerlukannya, dia langsung
tidak muncul atau memberi banyak alasan untuk mengelakkan dari anda.
3 – Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi
mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pd
pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk
mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong. Jangan buang masa
dengan lelaki cenggitu.
4 – Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda
(tamak betul). Selalunya lelaki macam ini mempunyai ramai awek tapi
sekadar memenuhi nafsunya.
5 – Lelaki yang anggp dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap
perkara yang anda buat salah pada mata atau pandangan dia. Selalunya
kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ini, anda akan sering
dimarah atau ditengking kononnya anda saja yang bersalah dalam sesuatu
hal (ego la tu), hal kecik pun nak dibesarkan.
P/S : Semoga ia bermanfaat untuk anda semua yang berada dialam percintaan =)
No comments:
Post a Comment
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"