[EKSKLUSIF] Ajaran Sesat | Dakwa Dinikah Malaikat | KUALA LUMPUR: “Saya pernah disampaikan ajaran songsang oleh selebriti itu, tetapi terpaksa menolaknya kerana didapati melanggar hukum syarak dan syariat,” kata Sudin, 40-an, antara individu yang pernah disampaikan dakyah palsu oleh Selebriti Sesat (SS) yang mengakui dirinya sebagai rasul.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, seorang SS mengakui dirinya diutuskan sebagai seorang rasul bagi merahmati sekalian alam, mendakwa wujud sebelum Nabi Adam a.s, selain berada di barisan depan di Padang Mahsyar untuk memberikan syafaat kepada pengikutnya.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Menurut Sudin, selama dua bulan bersama SS, artis terbabit berbual dengannya hal agama berkaitan hakikat dan syariat, malah pernah disuruhnya tidak berpuasa dan bersolat kerana perlu kembali kepada hakikat.
Kata Sudin, biarpun selebriti berkenaan sudah beristeri, dia juga didakwa ada menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain kononnya malaikat yang nikahkan mereka.
“Saya beranggapan SS ibarat baru lahir terus masuk ke universiti, sama juga seperti dia belajar agama seorang diri seterusnya mengakui dirinya Rasul,” katanya.
sumber
jangan mudah percaya kata-kata orang
ReplyDelete