Friday, 7 February 2014

[EKSKLUSIF] CERITA SEBENAR KES PUTUS TANGAN | Tangan Putus BUKAN Kerana Pulas Telinga Murid

[EKSKLUSIF] CERITA SEBENAR KES PUTUS TANGAN | Tangan Putus BUKAN Kerana Pulas Telinga Murid | Tangan putus ditetak bukan kerana pulas telinga murid seperti yang disiarkan sebelum ini.
 
 
Kejadian dikatakan berlaku di Kuching kerana tagih hutang.
baca lagi klik TAJUK ENTRI niPada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai Iman,mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin.
 
Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak Rm 300 drp Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, 
 
Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah.
 
Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri.
 
Kemudian mangsa di bawa oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya di bawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.
 
Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil.
 
Menurut doktor, Kecederaan mangsa berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat/ senjata tajam yg berukuran panjang lebih kurang 2 kaki. 
 

No comments:

Post a Comment

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"