[EKSKLUSIF] Kalau Syiah Sesat, Mengapa Boleh Masuk Tanah Suci? | FAKTA PANAS BERAPI
2/05/2014 05:00:00 pm
[EKSKLUSIF] Kalau Syiah Sesat, Mengapa Boleh Masuk Tanah Suci? | FAKTA PANAS BERAPI | Bertahun-tahun silam pernah diadakan diskusi antara seorang Ustaz
dari PP Persis Bandung dengan Jalaluddin Rahmat (tokoh Syiah berasal
dari Bandung).
Dalam makalahnya, Ustaz Persis itu tanpa berselindung
membuat kajian berjudul, “Syiah Bukan Bahagian dari Islam”.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Ketika sesi dialog berlangsung, Ustaz Persis itu -dengan pertolongan
Allah- mampu mematahkan argument-argument Jalaluddin Rahmat. Kejadiannya
mirip, ketika dilakukan diskusi di Malang antara Jalaluddin Rahmat
dengan Ustaz-ustaz Persis; ketika merespon lahirnya buku Islam Aktual,
karya Jalaluddin Rahmat.
Ada satu saat penting menjelang akhir diskusi di Bandung itu. Ketika
itu Jalaluddin mengusulkan pertanyaan, “Kalau memang Syiah dianggap
sesat dan bukan bahagian dari Islam, mengapa Kerajaan Arab Saudi masih
memperbolehkan kaum Syiah menunaikan Haji ke Tanah Suci?” Nah, atas
pernyataan ini, tidak ada tanggapan serius dari para Ustaz di atas.
Dan ternyata, kata-kata serupa itu dipakai oleh Prof. Dr. Umar
Shibah, tokoh Syiah yang menyusup ke lembaga MUI (Majlis Ulama
Indonesia). Ketika kaum Syiah terdesak, dia mengemukakan kalimat
pembelaan yang sama. “Kalau Syiah dianggap sesat, mengapa mereka masih
boleh berhaji ke Tanah Suci?”
Lalu, bagaimana kalau pertanyaan di atas disampaikan kepada kita semua wahai kaum Muslimin? Apa jawapan anda?
Mengapa kaum Syiah masih boleh masuk ke Tanah Suci, baik MakkahAl Mukarramah mahupun Madinah Al Munawwarah?
Berikut jawapan yang dikemukan berdasarkan diskusi yang dilakukan ketika itu :
PERTAMA, sebaik-baik jawapan ialah Wallahu a’lam. Hanya Allah
yang Tahu sebenar-benar alasan di sebalik keputusan Arab Saudi
memberikan tempat bagi kaum Syiah untuk ziarah ke Makkah dan Madinah.
KEDUA, dalam mazhab Syiah terdapat banyak golongan atau puak.
Diantara mereka ada yang lebih dekat kepada golongan Ahlus Sunnah (iaitu
Syiah Zaidiyyah-meskipun sebagian ulama sudah mengatakan Syiah
Zaidiyyah sudah tergolong sesat dengan Syiah lainnya), ada yang
sederhana kesesatannya, dan ada yang ekstrim (seperti Imamiyyah dan
Ismailiyyah). Terhadap kaum Syiah ekstrim ini, rata-rata para ulama
tidak mengakui keislaman mereka. Tetapi secara praktikalnya, tidak mudah
membezakan kelompok-kelompok tadi.
KETIGA, usia mazhab Syiah sudah sangat tua. Hampir setua usia
sejarah Islam itu sendiri. Tentu cara menghadapi mazhab seperti ini
berbeza dengan cara menghadapi Ahmadiyyah, aliran Lia Eden, dll. yang
termasuk mazhab-mazhab baru. Bahkan Syiah sudah mempunyai sejarah
sendiri, sebelum kekuasaan negeri Saudi dikuasai Dinasti Saud yang
berfahaman Salafiyyah. Jauh-jauh hari sebelum Dinasti Ibnu Saud berdiri,
kaum Syiah sudah masuk Makkah-Madinah. Ibnu Hajar Al Haitsami penyusun
kitab As Shawaiq Al Muhriqah, beliau menulis kitab itu dalam rangka
memperingatkan bahaya mazhab Syiah yang di masanya banyak muncul di Kota
Makkah. Padahal kitab ini termasuk kitab turats klasik, sudah ada jauh
sebelum era Dinasti Saud.
KEEMPAT, kalau melihat identiti kaum Syiah yang datang ke
Makkah atau Madinah, rata-rata tertulis “agama Islam”. Negara Iran saja
mengisytiharkan mereka sebagai Jumhuriyyah Al Islamiyyah (Republik
Islam). Revolusi mereka disebut Revolusi Islam (Al Tsaurah Al
Islamiyyah). Data seperti ini tentu sangat menyulitkan untuk memastikan
jenis mazhab mereka. Semuanya disebut “Islam” atau “Muslim”.
KELIMA, kebanyakan kaum Syiah yang datang ke Makkah atau
Madinah, mereka orang awam. Maksudnya, tahap ‘kesyiah-an’ mereka umumnya
hanya ikut-ikutan, kerana tradisi, atau kerana desakan sekeliling.
Orang seperti ini berbeza dengan tokoh-tokoh Syiah ekstrim yang memang
sudah dianggap murtad dari jalan Islam. Tanda kalau mereka orang awam
iaitu kemahuan mereka untuk datang ke Tanah Suci Makkah-Madinah itu
sendiri. Kalau mereka Syiah ekstrim, tidak akan mahu datang ke Tanah
Suci Ahlus Sunnah. Mereka sudah punya “tanah suci” sendiri iaitu:
Karbala’, Najaf, dan Qum. Perlakuan terhadap kaum Syiah awam tentu harus
berbeza dengan perlakuan kepada kalangan ekstrim mereka.
KEENAM, orang-orang Syiah yang datang ke Tanah Suci
Makkah-Madinah sangat diharapkan akan mengambil banyak-banyak pelajaran
dari kehidupan kaum Muslimin di Makkah-Madinah. Bila mereka tertarik,
terkesan, atau terpikat; mudah-mudahan mahu bertaubat dari agamanya, dan
kembali ke jalan lurus, agama Islam Ahlus Sunnah.
KETUJUH, hadirnya ribuan kaum Syiah di Tanah Suci
Makkah-Madinah, hal tersebut adalah BUKTI BESAR betapa ajaran Islam
(Ahlus Sunnah) sesuai dengan fitrah manusia. Meskipun para ulama dan
kaum penyesat Syiah sudah bekerja keras sejak ribuan tahun lalu, untuk
membuat agama baru yang berbeza dengan ajaran Islam Ahlus Sunnah; tetap
saja fitrah mereka tidak boleh disangkal, bahawa hati-hati mereka
terikat dengan Tanah Suci kaum Muslimin (Makkah-Madinah), bukan Karbala,
Najaf, dan Qum.
KELAPAN, kaum Syiah di negerinya sangat biasa memuja kubur,
menyembah kubur, tawaf mengelilingi kubur, meminta tolong kepada ahli
kubur, berkorban untuk penghuni kubur, dll. Kalau mereka datang ke
Makkah-Madinah, maka praktik “ibadah kubur” itu tidak ada disana.
Harapannya, mereka boleh belajar untuk meninggalkan ibadah kubur,
sekiranya nanti mereka sudah kembali ke negerinya. Insya Allah.
KESEMBILAN, pertanyaan di atas sebenarnya lebih layak diajukan
ke kaum Syiah sendiri, bukan ke Ahlus Sunnah. Mestinya kaum Syiah
jangan bertanya, “Mengapa orang Syiah masih boleh ke Makkah-Madinah?”
Mestinya pertanyaan ini diubah dan diajukan ke diri mereka sendiri,
“Kalau anda benar-benar Syiah, mengapa masih datang ke Makkah dan
Madinah? Bukankah anda sudah mempunyai ‘kota suci’ sendiri?”
Demikian sebahagian jawapan yang boleh diberikan. Semoga bermanfaat.
1 comments
Assalamualaikum,
ReplyDeleteMaaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.
Tolong klik & baca di sini->Melayu Adik Beradik Yahudi
Klik dan baca di sini cara orang islam keluar dari penghambaan dunia moden ini: Cinta Lanang Gabrul The Final Conclusion.
"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"