[EKSKLUSIF] Manisnya Cinta Selepas Nikah | PERCAYALAH...
2/05/2014 08:00:00 pm
[EKSKLUSIF] Manisnya Cinta Selepas Nikah | PERCAYALAH... | Salam, Abe cuma kongsikan dengan korang semua artikel yang Abe ambil daripada 'Aku Penghibur'. Korang baca sendirlah ye :)
Hai semuanya, Alhamdulilah sekarang acik berada di Uitm menjalani
kehidupan seorang student.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tetapi di awal sem nie ada masa lagi untuk
meluangkan bersama pembaca di blog ini. Petang tadi, acik berjumpa
dengan seorang kawan acik yang dulunya kami pernah satu team semasa Kem
Ikhlaskan diri,dia senior acik. Di situ acik kenal dengan dia dan kami
juga saling berhubung melalui facebook dan email. Petang tadi dia
berjumpa dengan acik untuk memperkenalkan suaminya kepada acik kerana
dulu kami pernah berjanji siapa yang kawin dulu akan bawa untuk di
perkenalkan. Dan Hilma ingin berkongsikan cerita kepada kamu
Acik : Alhamdulilah Hilma akhirnya kamu dapat apa yang kamu impikan
selami ini dan sudahpun membina masjid yang agung. Bila berkahwin kepada
tak jemput pon ??
Hilma : Alhamdulilah acik, sekarang Hilma rasa bahagia sangat, yelah
umur Hilma pun bukan muda lagi , dah 25 tahun baru rasa kebahgiaan ini.
Maaflah bukan tak jemput tapi Hilma buat majlis di terengganu dan buat
secara biasa saje . Dan niat Hilma nak jemput acik di majlis perkahwinan
kami di Johor nanti .. Tak datang siap yer..
Acik : Wahh Hilma nak tanya macam mane boleh berkenalan dengan abang Helmi nie ??sama cantik sama padan lah …
Hilmi : Ini semua jodoh ALLAH, dulukan Hilma selalu mengadu dan
ceritakan masalah Hilma pada acik. Yelah dulu hilma akui Hilma terlalu
cetek tentang ilmu agama. Dulu masa dengan Razif , kami bercinta dekat 5
tahun siap plan nak berkahwin dan siap fikir lagi bila nak kawin nak
anak berapa.
Tapi itulah bila ALLAH katakan dia bukan Jodoh Hilma maka
bukanlah dia. ALLAH tunjukkan penantian Hilma pada Razif hanyalah
sia-sia saje sebab dia curang. Memang akui bila putus dengan Razif,
Hilma rasa down dan tak percaya pada lelaki. Lelaki tu suma sama.. itu
pandangan masa tu. Bertahun-tahun hilma diamkan diri dan tak mahu
sebarang hubungan yang serius dengan lelaki. Hilma pilih untuk
bersendirian ,memang penat bila nak menjawab pertanyaan orang ..tak ada
pakwe ke ?? bila nak kawin ??? nak aku carikan jodoh ?? dan
sebagainyalah ..rasa sangat membebankan.
Pernah satu ketika Hilma
menagis kerana tak tahan semua nie. Tapi hilma tak pernah putus asa dan
tak jemu berdoa kepada ALLAH dan merintih pada ALLAH kerana hanya Dia
dapat membantu kita. Hampir tiap-tiap malam Hilma buat solat taubat dan
solat hajat agar Doa Hilma termakbul dan di dengari ALLAH. Biarlah
lelaki yang selayaknya untuk Hilma yang ALLAH berikan.
Acik : So Hilma pernah kenal Abang Hilmi nie ?? Dan apa yang buatkan hilma rasa kuat untuk percaya pada jodoh ALLAH
Hilma : Memanglah dulu hilma rasa bila tak ada boyfriend kita akan
jadi anak dara tak laku dan sebagainya. tapi hilma percaya setiap apa
yang berlaku dalam diri ini adalah dirancang oleh ALLAH dan di susun
rapi kerna perancangan terbaik adalah ALLAH … Dia akan berikan sesuatu
yang tak pernah kita jangkakan .Kalau acik nak tahu hilma tak pernah
kenal dengan Hilmi.Kami pernah berjumpa pon sekali itu pon terserempak
.Kebetulan Hilmi juga seperti Hilma kecewa dengan cinta dan tak percaya
pada cinta. Dan Hilmi dapatkan maklumat Hilma dari kawan baik Hilma dan
di terus masuk meminang, Dia kata, tak kisahlah kenal or tak janji
mencuba dulu . Entahlah bila semasa merisik tu hati ini rasa tenang dan
terima Hilmi dengan lapang dada…
Alhamdulilah Cinta Selepas Nikah bukan
bermakna tiada cinta sebelum nikah. Cinta itu memang ada. Perasaan cinta
itu memang wujud. cumanya kadangkala manusia berbeza tentang definasi
cinta.Percayalah cinta selepas kawin , saya sudah mendapatkan ..anda
bila lagi??
Allah berikan hilmi pada Hilma seadanya dan selayaknya kami. Seronok
sangat bila dia jadi imam dalam solat dan Alhamdulilah dia seperti apa
yang hilma doa dan harapkan … Hilma bersyukur sangat acik..
Mesti ada yang bertanya macam mane kami yang sudah ada pakwe/wakwe
nie ?? kena putuskan mereka untuk mencari cinta selepas nikah ??
Jadi, tidak salah untuk kita mencintai seseorang sebelum nikah, tapi
jangan “bercinta” sebelum nikah. Kalau kita hendak mencintai seseorang
sebelum nikah boleh, tapi “kawal” nafsu, kuatkan iman, tak perlu kita
nak katakan/lafazkan cinta itu sebelum nikah. Ingatlah, Cinta itu
Fitrah, jangan jadikan ianya fitnah.
2 comments
This Is What Women Really Want !!
ReplyDeletehttp://mantopbro.blogspot.com
Sesungguhnya bercinta selepas nikah adalah satu nikmat yang Allah kurniakan bagi mereka yang betul-betul menjaga ikhtilatnya sebelum kahwin. Semoga saya juga akan menerima nikmat tersebut. :)
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"