[MENARIK] Rahsia Mata Perempuan | INFO YANG RAMAI TIDAK TAHU | Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati… Mata juga
mengungkap pelbagai makna….firasat tersirat.
RAHSIA MATA PEREMPUAN..hihihi..ye dop xtau laaa..:D |
Namun firasat ini hanyalah
sekadar menambah pengetahuan, tentang tingginya rahsia pusaka Melayu
lama yg kaya dgn pelbagai ilmu tilikan tentang insan bergelar WANITA.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Sejauhmana kebenaran tidaklah diketahui dan mungkin sekadar kebetulan
semata-mata….
Saiz mata kecil – Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki
boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah
lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak
pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak
duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang – Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar – Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas,
pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan
dan putus asa.Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip – Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik.
Mata jarang berkedip – Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti,
setia, adil,bertanggungjawab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung – Kurang memuaskan, materialistik,hidup dengannya boleh
sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda
susah dia tidak peduli.
Mata redup – Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi,
hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati,
kejam, kasar,mencemuh, pemarah.
Matanya seolah tersembul keluar- Sifatnya baik, rela, tabah,
menyenangkan,ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam,
tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.
erk...mata akak kategori mana ea?
ReplyDeleteNice info!
ReplyDelete