Thursday, 6 February 2014

[PANAS] Sanggupkah Anda Berkahwin Dengan Wanita Yang Tiada Dara? | WAJIB BACA !!!

[PANAS] Sanggupkah Anda Berkahwin Dengan Wanita Yang Tiada Dara? | WAJIB BACA !!! | Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa di negara ini dalam tempoh satu jam, seramai 6 orang gadis kehilangan dara mereka.


Satu kajian juga menunjukkan 15.000 anak luar nikah dilahirkan setiap tahun.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Perangkaan ini boleh menjadi satu tamparan hebat kepada kaum lelaki yang merancang untuk mendirikan rumah tangga. Ini kerana mereka bakal dihimpit dilema kerana kemungkinan memperisterikan wanita yang telah kehilangan dara sebelum waktunya.

So, persoalan kat sini, adakah lelaki zaman sekarang masih lagi mementingkan status dara pada seorang gadis? Secara ringkasnya ini adalah pendapat peribadi aku, yang mungkin mewakili pendapat sesetengah golongan lelaki.

Aku rasa zaman sekarang ne pun lelaki masih lagi mementingkan status ‘dara’ seorang gadis. Bagi aku, dara tu melambangkan kesucian,maruah dan keperibadian wanita. Bukan bermaksud wanita yang tidak mempunyai dara itu tidak suci, mungkin mereka sukakan aktivit lasak sehinggakan tanpa disedari mereka kehilangan dara.

Kalau macam tu, aku tetap terima melainkan perkara tersebut berlaku kerana zina. Bagi kes lain, seperti mangsa rogol, ianya terpulanglah kepada lelaki untuk menerima atau tidak. Perlu diingatkan, kes seperti mangsa rogol ini berlaku bukan atas kehendaknya.

Sebenarnya, status dara ne perkara yang subjektif. Lain orang lain pemiirannya. Walau bagaimana pun pun, Tuhan dah tentukan jodoh kita. Macam mana sikap kita, begitulah jodoh kita. Jadi, kalau kita mementingkan status dara atau gadis, kita sebagai lelaki kena juga mempertahankan keterunaan kita.

Apa pandangan anda?

sumber

3 comments:

  1. perempuan hilang dara sebab lelaki gak kan!.

    ReplyDelete
  2. Anonymous at: 2/06/2014 9:07: lelaki dapat dara tu sebab perempuan juga kan.... heh... lagu bangau oh bangau.... pernah dengar tak lirik dia...? ada sebab kenapa orang tua2 cipta lagu tu... sebab tu la sifat turun temurun orang melayu... "AKU TAK SALAH, DIA YANG SALAH...."

    ReplyDelete
  3. Lelaki yg baik utk pompuan yg baik.so tngk cermin dulu...layak tak kawin dgn anak dara jika si lelaki pun kaki zina

    ReplyDelete

"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"