[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Misteri Jambatan Ini Dikatakan Tempat Anjing Bunuh Diri | [VIDEO] Eksklusif Lokasi
2/02/2014 12:00:00 am
[PENDEDAHAN EKSKLUSIF] Misteri Jambatan Ini Dikatakan Tempat Anjing Bunuh Diri | [VIDEO] Eksklusif Lokasi | Membunuh diri kebiasaannya dikaitkan dengan manusia.
Tetapi ada satu
kisah di mana terdapat sebuah jambatan di Scotland dipercayai tempat
membunuh diri.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Bukanlah tempat untuk manusia, tetapi dikaitkan
dengan anjing. Mengapa anjing bunuh diri? Itulah yang menjadi misteri.
Ia dikatakan anjing akan membunuh diri dengan melompat hingga jatuh ke
bawah dari jambatan tersebut. Ia memang benar-benar menimbulkan
persoalan. Boleh tonton video di atas.
Tak hanya manusia, ternyata anjing juga boleh bunuh diri loh. Meski terdengar tahyul, tetapi inilah fakta yang terjadi, di mana anjing-anjing memilih bunuh diri dengan melompat pada sebuah jambatan tertua di Scotland.
Jambatan yang bernama Overtoun Bridge ini terletak di dekat desa
Milton di sebelah barat Dunbartonshire. Di sinilah tempat di mana
sejumlah anjing melompat bunuh diri di lokasi yang sama. Memang sekilas
kelihatan agak mustahil bagi seekor anjing untuk merancang kematiannya
sendiri. Namun kejadian yang termasuk aneh ini sudah berlangsung sejak
tahun 1950-an, melansir Odditycentral.
Anjing yang bunuh diri di jambatan Overtoun ini hingga sekarang
sudah menelan korban sebanyak 600 anjing – dengan rata-rata satu anjing
satu bulan. Dan yang lebih misteri lagi adalah banyak dari anjing yang melompat dari jambatan Overtoun melompat dari sisi yang sama dan dari tempat yang sama, iaitu diantara dua parapets akhir di sisi kanan jambatan.
Tak hanya itu, yang lebih menghairankan, hampir semua insiden itu
berlaku pada hari-hari yang cerah, dan kebanyakan bunuh diri dilakukan
oleh anjing berjenis Collie – anjing berhidung panjang.
Menurut komuniti Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan di Scotland,
situasi ini masih menjadi misteri. Banyak para pemilik mencari tahu mengapa anjing kesayangan mereka yang telah meninggal melompat dari jambatan itu.
Namun beberapa orang percaya bahawa jambatan Overtoun berhantu. Pada
tahun 1994, seorang lelaki melemparkan anak bayinya dari jambatan dan
mendakwa bahawa itu adalah Anti-Kristus. Kemudian, lelaki tersebut
berusaha bunuh diri di tempat itu.
Teori lain juga datang dari kepercayaan Celtic yang menyatakan bahawa
jambatan Overtoun adalah sempadan ghaib di mana alam nyata dan alam
baka bertemu. Beberapa percaya bahawa anjing lebih sensitif terhadap
tenaga abnormal dan mungkin anjing-anjing itu dipanggil oleh roh
orang-orang yang sudah meninggal
1 comments
Aneh.
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"