[PENING] Misteri Bukit Dipenuhi Salib Di Lithuana | AGENDA APAKAH INI?
2/02/2014 12:00:00 pm
[PENING] Misteri Bukit Dipenuhi Salib Di Lithuana | AGENDA APAKAH INI? | Inilah lokasi warisan sejarah kebanggaan negara Lithuania, Hill of
Crosses yang juga menjadi lokasi ziarah penganut Kristian, terletak 12
km di sebelah utara kota Siauliai, Lithuania Utara.
Sesuai namanya,
bukit kecil ini penuh dengan pelbagai salib.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Tidak diketahui sejak bila dan bagaimana sejarah terkumpulnya begitu
banyak salib di tempat ini. Dikatakan terdapat lebih daripada 100,000
salib di Hill of Crosses.
Pelbagai cerita beredar tanpa sumber sejarah yang sahih, dan akhirnya
menjadi lagenda tentang asal-usul Hill of Crosses. Salah satu kisah
menyebut pada abad ke-13 ketika majoriti penduduk memeluk kepercayaan
pagan, mereka membakar sebuah gereja di tempat itu. Setelah peristiwa
tersebut, Hill of Crosses menjadi simbol peringatan dan pengunjung yang
datang mulai membawa salib serta meletakkannya di tempat tersebut.
Pada tahun 1831 dan 1863, ketika pemberontakan anti-Soviet terjadi,
semakin ramai pengunjung berduyun-duyun datang ke bukit ini. Namun
ketika Soviet berkuasa, pemerintah berusaha meratakan Hill of Crosses
sebanyak 3 kali dan menggali parit di sekitar bukit sebagai usaha untuk
menghentikan kedatangan orang ramai ke situ.
Pada masa regim komunis, penanaman salib merupakan tindakan kejahatan
dan mendapat ancaman hukuman berat. Namun walaupun begitu, tak ada yang
peduli dan tetap berziarah ke Hill of Crosses. Setelah Soviet runtuh
pada tahun 1991, Hill of Crosses menjadi lokasi kebanggaan nasional
Lithuania.
2 comments
Mati-mati ingat dkt Malaysia! Hehe
ReplyDeleteApa masalah nya kalau dkat malaysia?
Delete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"