[PERINGATAN] Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah | WAJIB BACA !!!
2/12/2014 08:00:00 pm
[PERINGATAN] Kisah 12 Kaum Yang Dibinasakan Allah | WAJIB BACA !!! | Sebagai seorang Islam, kita wajib mentaati segala perintah Allah SWT
dan meninggalkan apa yang dilarangNya.
Nasihat ini sering kita dengar
terutama sekali dalam khutbah jumaat yang dibacakan oleh khatib.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Kuasa
Allah SWT janganlah sesekali kita cabar. Kita hanya hamba Allah yang
hina. Cuba kita hayati kisah-kisah terdahulu yang membabitkan kaum-kaum nabi. Ada di antara mereka yang telah menerima azab daripada Allah secara ‘cash’ di dunia. Jom kita hayati tentang kisah mereka.
Dalam al-Quran, banyak sekali diceritakan kisah umat terdahulu yang telah dibinasakan oleh Allah kerana
mereka mengingkari utusan-Nya dan melakukan berbagai-bagai penyimpangan
yang telah dilarang. Berikut dipaparkan secara ringkas sejarah
kaum-kaum yang dibinasakan :
1. Kaum Nabi Nuh - Nabi Nuh berdakwah selama 950
tahun, namun yang beriman hanyalah sekitar 80 orang. Kaumnya mendustakan
dan memperolok-olok Nabi Nuh. Lalu, Allah mendatangkan banjir yang besar, kemudian menenggelamkan mereka yang engkar, termasuk anak dan isteri Nabi Nuh (al-Ankabut: 14).
2. Kaum Nabi Hud – Nabi Hud diutus untuk kaum ‘Ad.
Mereka mendustakan kenabian Nabi Hud. Lalu Allah mendatangkan angin yang
dahsyat disertai dengan bunyi guruh yang menggegar hingga mereka tertimbun pasir dan akhirnya binasa (at-Taubah: 70, al-Qamar: 18, Fushilat: 13, an-Najm: 50, Qaf: 13).
3. Kaum Nabi Saleh – Nabi Saleh diutuskan Allah
kepada kaum Tsamud. Nabi Saleh diberi sebuah mukjizat seekor unta betina
yang keluar dari celah batu. Namun, mereka membunuh unta betina
tersebut sehingga Allah menimpakan azab kepada mereka (al-Hijr: 80, Hud:
68, Qaf: 12).
4. Kaum Nabi Luth – Umat Nabi Luth terkenal dengan
perbuatan homoseksual dan lesbian, iaitu hanya mahu berkahwin dengan
pasangan sesama jenis. Kendati pun sudah diberi peringatan, mereka tak
mahu bertaubat. Allah akhirnya memberikan azab kepada mereka berupa
gempa bumi yang dahsyat disertai angin kencang dan hujan batu sehingga
hancurlah rumah-rumah mereka. Kaum Nabi Luth ini akhirnya tertimbun di bawah runtuhan rumah mereka sendiri (al-Syu’ara: 160, an-Naml: 54, al-Hijr: 67, al-Furqan: 38, Qaf: 12).
5. Kaum Nabi Syuaib – Nabi Syuaib diutuskan kepada
kaum Madyan. Kaum Madyan ini dihancurkan oleh Allah karena mereka suka
melakukan penipuan dan kecurangan dalam perdagangan. Apabila membeli,
mereka minta dilebihkan dan apabila menjual selalu mengurangi. Allah pun mengazab mereka berupa hawa panas yang teramat sangat.
Kendatipun mereka berlindung di tempat yang teduh, hal itu tidak mampu
melepaskan rasa panas. Akhirnya, mereka binasa. (at-Taubah: 70, al-Hijr:
78, Thaaha: 40, dan al-Hajj: 44).
Selain kepada kaum Madyan, Nabi Syuaib juga diutus kepada penduduk
Aikah. Mereka menyembah sebidang padang tanah yang pepohonannya sangat
rimbun. Kaum ini menurut sebagian ahli tafsir disebut pula dengan
penyembah hutan lebat (Aikah). (al-Hijr: 78, al-Syu’ara: 176, Shad: 13,
Qaf: 14).
6. Firaun – Kaum Bani Israel sering ditindas oleh
Firaun. Allah mengutus Nabi Musa dan Harun untuk memperingatkan Firaun
akan azab Allah. Namun, Firaun malah mengaku sebagai tuhan. Firaun akhirnya maut di Laut Merah dan jasadnya tidak reput dan telah ditemui oleh ahli arkeologi moden. Hingga kini masih boleh disaksikan di muzium mumia di Mesir (al-Baqarah: 50 dan Yunus: 92).
7. Ashab Al-Sabt – Mereka adalah segolongan fasik yang tinggal di Kota Eliah, Elat (Palestin). Mereka melanggar perintah Allah untuk beribadah pada hari Sabtu.
Allah menguji mereka dengan memberikan ikan yang banyak pada hari Sabtu
dan tidak ada ikan pada hari lainnya. Mereka akhirnya dibinasakan
dengan dilaknat Allah menjadi kera yang hina (al-A’raf: 163).
8. Ashab al-Rass – Rass adalah nama sebuah telaga yang kering airnya.
Nama al-Rass ditujukan pada suatu kaum. Sesetengah riwayat mengatakan,
nabi yang diutus kepada mereka adalah Nabi Saleh. Namun, ada pula yang
menyebutkan Nabi Syuaib. Sementara itu, yang lainnya menyebutkan, utusan
itu bernama Handzalah bin Shinwan (ada pula yang menyebut bin Shofwan).
Mereka menyembah patung. Ada pula yang menyebutkan, pelanggaran yang
mereka lakukan karena mencampakkan utusan yang dikirim kepada mereka ke
dalam sumur sehingga mereka dibinasakan Allah (al-Furqan: 38 dan Qaf :
12).
9. Ashab al-Ukhdudd – Ashab al-Ukhdud adalah sebuah
kaum yang menggali parit dan menolak beriman kepada Allah, termasuk
rajanya. Sementara itu, sekelompok orang yang beriman dicampakkan ke
dalam parit yang telah dibakar, termasuk seorang wanita yang tengah
menggendong seorang bayi. Mereka dikutuk oleh Allah SWT (al-Buruj: 4-9).
10. Ashab al-Qaryah – Menurut sebagian ahli tafsir,
Ashab al-Qaryah (suatu negeri) adalah penduduk Antaqiyah. Mereka
mendustakan rasul-rasul yang diutus kepada mereka. Allah membinasakan mereka dengan sebuah suara yang sangat keras (Yasin: 13).
11. Kaum Tubba – ’Tubaa’ adalah nama seorang raja
bangsa Himyar yang beriman. Namun, kaumnya sangat ingkar kepada Allah
hingga melampaui batas. Maka, Allah menimpakan azab kepada mereka hingga binasa. Peradaban mereka sangat maju. Salah satunya adalah empangan air (ad-Dukhan: 37).
12. Kaum Saba – Mereka diberi berbagai kenikmatan berupa kebun-kebun yang ditumbuhi pepohonan untuk kemakmuran rakyat.
Kerana mereka enggan beribadah kepada Allah walau sudah diperingatkan
oleh Nabi Sulaiman, akhirnya Allah menghancurkan bendungan Ma’rib dengan
banjir besar (Al-Arim). (Saba: 15-19).
1 comments
sharing is caring
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"