[TELADAN] Manusia Menjadi Batu Kerana Melakukan Maksiat | KISAH NYATA KISAH BENAR
2/19/2014 08:00:00 pm
[TELADAN] Manusia Menjadi Batu Kerana Melakukan Maksiat | KISAH NYATA KISAH BENAR | SEKITAR 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu
kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain –
penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau
gedung besar serta berinteraksi antara satu sama lain.
Sehinggalah tiga
hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota
berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan
tidak pernah wujud pada muka bumi ini.
baca lagi klik TAJUK ENTRI ni
Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu
ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang
dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota
berkenaan.Masa terus berlalu sehinggalah ketibaan 1594; sekumpulan
pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi
projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.
Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi secara tiba-tiba
kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas
menemui sesuatu benda aneh tertanam di dalam tanah.Tinggalan aneh
berbentuk artifak itu dikeluarkan dan berita penemuannya terus tersebar
luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan di kawasan
itu.Bagaimanapun, pada 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali
sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk
kawasan penemuan artifak berkenaan.
Tujuh puluh enam tahun kemudian, kerja mengorek kembali dipelopori
Putera d’Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan
harta karun tertanam di kawasan berkenaan.Pihaknya terus menggali dan
pelbagai tinggalan artifak yang pernah ‘terkubur’ di bawah tanah di
kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri
kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya
terbongkar.Bagaimanapun, penemuan kota purba itu turut menimbulkan
pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji
sejarah.
Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan
barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan
patung batu berbentuk manusia dalam keadaan menggerunkan.
Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang
seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu
selera.Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota
itu secara tidak langsung turut menyimpan ‘wajah’ sebenar kota Pompeii
apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan
hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu.
Malah, jelas kelihatan adalah raut muka penduduk yang menunjukkan
ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi
itu datang secara tiba-tiba.Kajian seterusnya membongkar cerita sebenar
mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum
Masihi (SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di
tengah Itali.
Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan.
Akan tetapi, di sebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang
memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta
kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.Rumah pelacuran dibina dengan
jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung di pintu
pusat pelacuranberkenaan.Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga
dikatakan mengamalkan kepercayaan ‘Mithra’ yang menyakini bahawa alat
kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi
tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.
Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota
berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu
‘sepi’ selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga
membanjiri kota itu.Tiada seorangpun daripada penduduk yang terselamat
malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii
daripada sejarah peradaban dunia malah menukarkan penduduknya
seolah-olah menjadi patung batu.
p/s:tolong sebarkan info ini kepada umat islam yang lain supaya kita
semua lebih berwaspada ingat jika bala yang berlaku bukan seorang yang
terkena namun semua org turut terkena jadi sebarkan info ini demi
mengingati semasa muslim
1 comments
Ini kisah Nabi Luth dan kaumnya yg sesat... org barat cuma percaya pada penjelasan secara saintifik sahaja tapi tidak secara rohani...
ReplyDelete"Semua artikel dalam blog ini dikongsikan untuk tujuan ilmu pengetahuan dan masih boleh dibincangkan & dipersoalkan kebenarannya. Ketepatan & kesahihan maklumat dalam blog ini perlu dibandingkan dengan sumber-sumber lain agar tidak terjadi anggapan penyebaran maklumat palsu atau fitnah. Sebarang maklumbalas berkaitan boleh diajukan kepada Abe di queachmad [at] queachmad [dot] com"